Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa semua jenis perniagaan di seluruh negara dibenarkan beroperasi mulai 6 pagi hingga 12 tengah malam.
Ia mula dikuatkuasakan selepas PKP ditamatkan pada 5 Mac ini antaranya Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor yang kini dilaksanakan PKPB hingga 18 Mac.
Sementara itu, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak pula akan kekal di bawah PKPB.
Manakala, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya, Labuan dan Perlis. berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Baca : [TERKINI] Dah Boleh Rentas Daerah Tapi Bukan Negeri – MKN