“Semua ikut arahan, macam ni patut dicontohi” – Cara Negara Luar Tangani Covid-19 Sewaktu Berada Di Tempat Awam

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sekarang wabak Covid-19 dah capai tahap pandemik di seluruh dunia. Banyak negara luar dah isytihar lockdown berikutan dengan virus ini. Terbaru, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya malam tadi mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Hal ini sebagai langkah lebih berjaga-jaga demi memastikan orang ramai lebih peka dengan kesan wabak Covid-19 ni.

Selain Malaysia, beberapa negara luar telah melakukan inisiatif untuk menangani wabak ini dan mostly mereka memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk bagaimana cara menangani wabak Covid-19 sewaktu berada di tempat awam.

Menurut posting @jessicatedja di Twitter, dia menunjukkan bagaimana penduduk di negara luar seperti China, Filipina dan Thailand menjarakkan diri dengan orang di tempat awam.

Di China, mereka akan menjarakkan diri dengan orang lain tak kira sama ada waktu beratur mahupun waktu makan. Diorang akan menjarakkan meja masing-masing daripada orang lain lebih kurang 1 meter . Wahh, nampak menarik eh cara diorang.

Tak kisah makan kat tempat indoor atau outdoor mereka akan tetap menjarakkan diri dengan orang sekeliling.

Manakala di Filipina pula, dalam rumah ibadat mereka akan duduk jarak dengan orang sebelah dengan cara pita kuning akan dilekatkan bagi menunjukkan jarak mereka dengan orang lain.

Bukan tu je, waktu nak naik train pun diorang beratur dengan jarak yang jauh daripada orang belakang dan depan.

Di Thailand pula, cara yang mereka tunjukkan cukup menarik perhatian orang ramai di mana kedudukan orang di dalam lif sudah ditetapkan. Mengikut contoh yang ditunjukkan, orang yang ada dalam lif kena berdiri bertentangan dengan orang lain.

Kesemua cara ni boleh la dicontohi sebab ni juga merupakan salah satu cara rakyat membantu pihak kerjaaan untuk menangani wabak ini. Sama-samalah kita bekerjasama untuk menangani wabak ni dan jangan selfish sebarkan penyakit dengan orang lain.

Baca : “Tengok  ni, takde sape panik” – Wanita Ini Share Macam Mana Keadaan Di Itali Sewaktu ‘Lockdown’

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fadilah Rofiie

Penggemar makanan pedas, senang cerita tak pedas tak makan. Lagi selesa pakai sneakers daripada heels