in

“Semua ada personaliti sendiri” – Rela Darah Dihisap Haiwan Peliharaan, Lelaki Ini Bela 4 Ekor Lintah

Feature 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai juga yang trauma dengan lintah bila digigit haiwan yang berlendir ni kan. Kejadian macam ni kadang-kadang terjadi ketika musim banjir sebab ramai yang join mandi air banjir depan rumah. Kalau admin, kena gigit pacat je dah trauma, apatah lagi lintah ni. 


Namun, buat seorang lelaki yang tidak ingin dikenali ini, dia sebenarnya telah membela empat ekor lintah kerbau. Menurut Daily Star, individu itu membeli lintah-lintah tersebut dengan harga 300 US Dollar (RM1,242) untuk setiap ekor.

Lintah 1

Dia juga memberitahu Science Alert bahawa dia rela darahnya dihisap oleh haiwan peliharaannya itu dengan meletakkan lintah terbabit pada lengannya. Pemilik lintah itu mahu identitinya dirahsiakan sebab takut ada yang akan mengutuk pilihannya untuk memelihara haiwan tersebut.

Pemiliknya mengatakan lintah adalah haiwan belaan yang baik dan mendakwa setiap lintah juga mempunyai personaliti mereka yang tersendiri.

Ada sesetengah lintah yang akan cuba untuk menghisap darah lebih banyak berbanding lintah yang lain. Namun, apabila kekenyangan, ia akan diam untuk berehat seketika,”

Dia juga mendedahkan yang gigitan haiwan tu memang menyakitkan pada awalnya namun lama-kelamaan, sebab dah terbiasa, rasa sakit tu dah tak ada.

Penjual lintah pula menyarankan agar darah hanya perlu diberikan setiap tiga hingga enam bulan kepada lintah yang berspesies besar. Betul jugak tu, kalau hari-hari bagi lintah hisap darah tuannya, takut lain pulak jadinya. 

Lintah 2

Manakala gigitan lintah itu akan sembuh tanpa menyebabkan parut sebab terdapat anti-coagulants dalam air liur lintah yang mencegah atau mengurangkan pembekuan darah. Namun, pendarahan boleh mengambil masa beberapa hari untuk berhenti.

Untuk pengetahuan semua, lintah sememangnya pernah digunakan dalam bidang perubatan pada suatu ketika dahulu untuk merawat sakit kepala.

Sumber: Daily Star

Baca: Setahun ‘Derita’ Sakit Tekak, Rupa-rupanya Lintah ‘Menginap’ Dalam Kerongkong

Lintah

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.