Penunggang motosikal di ibu kota mesti selalu lalu jalan khas untuk motosikal yang ada terowong kecil tu kan? Kalau korang rasa terowong tu pun dah kecil, cuba korang bayangkan terowong dengan ketinggian 1 meter je di sebuah kawasan perkampungan di Indonesia ini.
Menurut Kompas.com, sebuah terowong sempit dan rendah di Desa Karangmalang, Brebes, Jawa Tengah ini masih menjadi laluan utama penduduk walaupun ada jalan lain yang lebih baik telah dibina.
Untuk melalui terowong tersebut, penduduk perlu membongkokkan badan manakala penunggang motosikal pula harus menuntun motor mereka sambil menunduk.
Terowong yang terletak di bawah rel kereta api itu dikatakan telah dibina ketika zaman penjajahan Belanda beberapa puluh tahun dulu lagi.
Difahamkan, laluan terowong itu masih tetap digunakan sebagai jalan alternatif sebab pada tahun 2020, terowong utama untuk ke kota Ketanggungan sedang dibaiki. Mungkin sekarang dah siap dibaiki, so dorang pun dah guna jalan baru la kot.
Selain itu, pada ketika itu juga, terowong sempit itu juga menjadikan waktu perjalanan ke destinasi yang ingin dituju lebih cepat sampai.
Tak kisah la kan guna jalan mana-mana pun, janji cepat sampai dengan selamat. Cuma mungkin terowong rendah ini tak sesuai untuk orang yang fobia dengan tempat sempit.
Sumber: Kompas.com
Baca: 5 Juta Meter Padu Air Berjaya Dilencongkan SMART Tunnel, Netizen Puji Jasa Tun M Bina Terowong Itu