in

“Sempat menangis dan peluk rakan”- Remaja Maut Disambar Petir Ketika Dengar Lagu Dekat Handphone

Ft Petir Final Betul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali kita diingatkan oleh ibu bapa sejak kecil lagi supaya sentiasa mematikan suis elektrik dan tidak menggunakan sebarang peranti elektronik semasa terdengar petir sambar-menyambar di dada langit.


Sebenarnya, larangan ibu bapa kita itu adalah untuk kebaikan dan keselamatan diri kita juga kerana petir mudah menyambar segala barangan elektrik dan elektronik walaupun berada di dalam rumah sekalipun.

Petir

Kejadian mangsa yang maut disambar petir gara-gara menggunakan peranti elektronik terutama handphone ini tidak lagi asing berlaku dan sering dipaparkan di media buat peringatan semua supaya sentiasa berjaga-jaga.

Namun, masih ada lagi mereka yang masih tidak tahu mengenai bahayanya menggunakan barangan elektrik dan elektronik sewaktu petir ini.

Terbaru, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi salah seorang mangsa yang maut gara-gara disambar petir sewaktu asyik mendengar lagu melalui handponenya.

Kejadian ini dikatakan berlaku di Desa Limbangan, Kecamatan Kutasari, Kabupaten Purbalingga, Jawa Tengah, Indonesia pada 8 November, Ahad lepas.

 

Sedang dengar lagu di handphone, kilat menyambar

Menurut Kompas, remaja berkenaan yang dikenali sebagai Hendra Prayoga berumur 15 tahun dikatakan sedang mendengar lagu di handphonenya di dalam bilik gara-gara bosan.

Pada ketika itu, berlakunya hujan lebat disusuli pula petir yang sambar-menyambar.

Secara tiba-tiba, bunyi petir yang sangat kuat kendengaran di dalam bilik dan kilat terus menyambar telefon pintar milik mangsa dan menyebabkan handphone itu terpelanting.

Sewaktu kejadian, terdapat seorang lagi rakannya yang sama-sama berada di dalam bilik itu dan menjadi saksi ketika remaja itu disambar petir.

Feat Kilat

 

Sempat menangis dan memeluk meminta tolong 

Menurut rakan mangsa yang dikenali sebagai Bayu Nur Priyanto yang berusia 16 tahun, mangsa yang kelihatan dalam keaadan yang lemas dan sukar bernafas sempat menangis dan memeluknya untuk meminta tolong.

Dia yang masih bingung dengan keadaan itu kemudian telah menjerit meminta tolong sehingga kedua-dua ibu bapa mangsa serta jiran-jiran datang untuk melihat keadaan.

 

Meninggal dunia ketika tiba di hospital

Mangsa kemudian telah dibawa ke klinik komuniti sebelum dirujuk pula ke Hospital Siaga Medika Purbalingga gara-gara kondisinya yang kritikal.

Remaja malang itu disahkan telah pun meninggal dunia sejurus pemeriksaan dilakukan di hospital berkenaan.

Takziah untuk keluarga mangsa. Jadikan ni sebagai peringatan buat semua, jangan main handphone waktu petir. 

Baca: “Berapa inci je tu” – [Video] Lelaki Nyaris Kena Sambar Petir Masa Berjalan Waktu Hujan Lebat

Baca Petir

Sumber: Kompas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.