in

“Semoga sehat selalu, bapak” – Pelajar Pelik Pensyarah Tak Pernah Buka Kamera Masa Kelas ‘Online’, Rupanya…

Edi Pensyarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Teknik pembelajaran secara dalam talian (online learning) kini semakin luas digunakan susulan pandemik COVID-19 melanda dunia.


Sudah menjadi kebiasaannya jika sedang mengajar, pensyarah akan membuka kamera mereka bagi menampakkan wajah. Ada juga pensyarah yang turut mahu anak murid mereka membuka kamera supaya masing-masing boleh bertentang mata meskipun dibalik lensa kamera.

Pun begitu, tindakan seorang pensyarah di Universiti Gadjah Mada, Indonesia membangkitkan persoalan dalam kalangan para pelajarnya kerana beliau tidak pernah membuka kamera ketika sedang mengajar sejak awal semester bermula.

W644

Lapor Tribunnews, tujuan sebenar pensyarah yang dikenali sebagai Edi Prasetyo Nugroho tidak membuka kamera bagaimanapun terbongkar akhirnya. Selepas tidak sengaja terbuka kamera, para pelajar pensyarah terbabit dapat melihat rupanya beliau sakit sehingga perlu memakai tiub oksigen. Kondisinya itu difahamkan, tidak pernah dikongsikan pada semua.

Menerusi satu video yang kini viral di laman sosial TikTok, salah seorang pelajar beliau, Nandini Catra Nabilah, 23, berkata, pensyarah yang mengajar subjek perniagaan dan pengurusan itu menghidap penyakit buah pinggang sejak 11 tahun lalu.

“Dosen (Pensyarah) Edi harus jalani rutin cuci darah setiap dua minggu sekali. Beliau juga perlu selalu menggunakan selang oksigen kerana saturasinya di bawah 90,” katanya.

Jelas pelajar yang mesra disapa Nabilah itu lagi, setelah mengetahui kondisi sebenar pensyarah dan tujuan disebalik tidak pernah membuka kamera semasa kuliah, dia terkejut dan terharu kerana pensyarahnya itu masih gigih mengajar meskipun sakit.

“Teman-teman saya juga kaget, sedih dan terharu dengan dedikasi beliau walaupun dengan kondisi yang ada,” katanya.

Pensyarah terbabit juga dikatakan sering memberikan kata-kata motivasi dan sama sekali tidak pernah mengeluh semasa mengajar walaupun dirinya sedang sakit.

Tulis Nabilah dalam laman sosial TikTok, dia percaya mungkin pensyarahnya itu tidak membuka kamera semasa sesi kuliah adalah kerana tidak mahu para pelajarnya menjadi risau dengan keadannya sekali gus menyebabkan mereka sukar untuk fokus.

Lecturer E1632016178232

“Jujur malu sama diriku yang sehat begini tapi kadang nggak semangat buat belajar giat,” kata Nabilah lagi. 

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah viral di media sosial TikTok dan turut dikongsikan di beberapa laman sosial lain. Ia juga menerima banyak komentar daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan kesejahteraan pesyarah berkenaan dan memuji kegigihan dan dedikasinya dalam mengajar.

@eccediary

Sehat selalu Bapak, terima kasih sudah mendedikasikan waktu dan semangatnya untuk mengajar✨ #bcaxyz #bcazxy

♬ You Are Enough – Sleeping At Last

Sumber: Tribunnews

Baca: Pensyarah Buat Kelas ‘Online’ Meskipun Terlantar Di Hospital Kerana Strok

Cover 1 E1632016003624

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.