in

“Semoga jadi pedoman serta teladan untuk semua pihak”-Ustazah Sekolah Agama Maafkan Ibu Murid Yang Rakam Video Merangkak

Combine Ustazah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kita semua tahu telah viral satu video mengenai seorang ibu murid yang anaknya belajar di sekolah agama menyuruh ustazah merangkak keliling kelas. Didakwa kejadian tersebut berlaku selepas anak kepada wanita itu cedera kerana didenda merangkak oleh ustazah tersebut.


Video itu menerima kecaman ramai netizen sehingga mendapat perhatian daripada seorang peguam.

Susulan daripada respon negatif yang diterima, ibu kepada murid tersebut telah membuat permohonan maaf kepada pihak sekolah juga kepada ustazah tersebut.

Fb Merangkak

Menurut Bagan Datuk Kini, permohonan maaf daripada ibu murid tersebut telah pun dibuat dan diharap agar video kejadian itu tak diviralkan lagi. Ok lah tu kalau dah minta maaf kan

Tapi, sesetengah netizen masih tidak berpuas hati atas tindakan yang dilakukan oleh ibu murid tersebut kerana ia melibatkan maruah seorang pendidik.

Dah minta maaf tapi masih ada yang tak puas hati. Macam mane ni ?

Komen Rangkak 2 1

Takpe lah, lepas ni kena fikir betul-betul lah ye kalau nak buat sesuatu

Baca : “Bagi dia pulak merangkak naik mahkamah” – Peguam Nak Bela Nasib Ustazah Dalam ‘Video Merangkak’ Secara Percuma

Merangkak

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.