in

“Semoga awak cepat keluar”- Ramai Puji Komik Billboard Kreatif Eco-Shop Ini, Memang Kelakar!

F2 Eco Billboard

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Produk yang bagus sahaja tak cukup untuk menarik hati pelanggan, kena lah jadi lebih kreatif dalam mempromosikan barang yang kita tawarkan tu. Kalau tak mana lah orang nak tahu kewujudan sesebuah jenama tu kan? 

Kedai Eco-shop Malaysia ini pula telah menjalankan projek marketing lain daripada yang lain apabila pihak mereka melancarkan iklan billboard menggunakan konsep komik baru-baru ini.


Memandangkan kedai Eco ini memang dah jadi port kegemaran mak-mak dan kakak-kakak kita, jadi iklan kreatif berkenaan telah meraih perhatian ramai netizen.

https://www.instagram.com/p/CcmwljWB2gO/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Papan iklan komik itu difahamkan telah diletakkan di Lebuh Raya Elite antara Putra Height dan Saujana Putra, so sesiapa yang lalu jalan ni boleh la tengok sendiri billboard lawak ini.

Ada beberapa billboard di sepanjang jalan berkenaan dan ia mengisahkan tentang seorang isteri yang meminta suaminya untuk singgah sebentar di suatu tempat iaitu Eco Shop.

Eco Billboard 4

Menurut perkongsian di Instagram ecoshop_my, papan iklan itu telah dibuat hasil kerjasama dengan kartunis terkenal iaitu mfafairuz.

Eco Billboard 3

Ramai netizen yang kata iklan kelakar tersebut boleh hilangkan mengantuk mereka ketika dalam perjalanan ke destinasi yang dituju dan ada yang siap kata boleh hilangkan rasa bosan dorang lagi tau.

Eco Billboard 2

Mesti ramai yang boleh relate dengan situasi dalam komik tu kan, ye la sebelum masuk cakap nak beli sikit je, tapi bila dah keluar berplastik-plastik barang yang diborong.

Confirm berdekah je gelak sepanjang lalu highway ni kan. 

Baca: “Boleh saya bawa awak makan malam?”- Lelaki Sanggup Letak Iklan Billboard Untuk Dapat Perhatian Jennie BLACKPINK

Eco Billboard 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.