in

“Semoga adik-adik ini cemerlang” – [VIDEO] Netizen Sayu Lihat Pelajar Jawab Peperiksaan Dalam Banjir

Banjir Upkk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA), ketika mereka masuk ke darjah 5 mereka akan perlu menjalani Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).


Matlamat UPKK ialah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan Al-Quran, amali solat serta amali cara hidup Islam, ia juga penting untuk kemasukan ke sekolah menengah agama dan sekolah tahfiz.

Tahun ini peperiksaan tersebut telah pun bermula pada 28 November lepas dan berakhir pada hari ini.

Sebuah video telah tular di media TikTok di mana sebuah kelas tempat peperiksaan itu dijalankan telah dimasuki air hingga ke paras betis pelajar-pelajar itu.

@501awani

Difahamkan kejadian berlaku di SRA Sungai Balak, Kajang, di mana murid duduki UPKK meskipun banjir. Semoga dipermudahkan urusan adik-adik. #AWANInews

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Dalam video yang dikongsikan oleh Astro AWANI itu, difahamkan kejadian berlaku di SRA Sungai Balak, Kajang. Meskipun diduga sebegitu, pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan itu kekal tenang dan hanya melipat seluar mereka manakala pelajar perempuan duduk bersila di atas kerusi.

“Semoga dipermudahkan urusan anak-anak”

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 282K tontonan serta hampir 2K komen dan ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata semangat oleh netizen malah ramai yang turut mendoakan agar anak-anak itu berjaya dalam peperiksaan tersebut.

Nbg

Semoga result hebat semuanya! 

Baca: Pelajar Di Filipina Cipta Topi ‘Anti Meniru’ Untuk Elak Penipuan Ketika Peperiksaan

F2 Anti Cheating Hat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.