in

“Sembahyang tidak lebih 30 orang” – Ini 5 Syarat Sambutan Hari Deepavali Untuk Tahun Ini

Aa 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Happy Deepavali untuk semua penganut hindu di Malaysia! Nak sambut perayaan di kala pandemik ini memang agak menyedihkan sebab tak meriah macam tahun lepas. Tapi kita masih boleh sambut dengan keluarga tersayang dan saudara terdekat. Itu yang penting kan?


A1 3

 

Menjelang sambutan hari Deepavali 13 November ini, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menggariskan beberapa panduan sepanjang sambutan perayaan tersebut.

Memetik Harian Metro, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya semalam telah mengumumkan 5 syarat untuk sambutan Deepavali bagi tahun ini.

A2 1 1

 

5 Syarat sambutan hari Deepavali 2020

  1. Upacara sembahyang di kuil hanya dibernarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP) dan PKP Bersyarat (PKPB) untuk 5 sesi sepanjang 30 minit. Terhad kepada 30 orang setiap sesi
  2. Pihak pengurusan kuil perlu menyediakan kaunter di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan dan saringan gejala berkaitan Covid-19 seperti batuk, sakit tekak atau sesak nafas.
  3. Kehadiran perlu direkod menggunakan aplikasi MySejahtera atau di dalam buku kehadiran, penganut yang menghidap penyakit kronik, warga emas dan kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun tidak digalakkan hadir.
  4. Pergerakan merentas mukim atau daerah atau negeri daripada kawasan PKPB dan PKP Diperketatkan (PKPD) bagi tujuan balik kampung adalah tidak dibenarkan.
  5. Sambutan perayaan di rumah kediaman teres dalam kalangan keluarga terdekat pula ditetapkan bagi keluasan 1500 kaki persegi, tidak boleh melebihi 10 orang dan bagi keluasan melebihi 2500 kaki persegi tidak melebihi 15 orang.

A 3

 

Tambah Ismail Sabri, bagi kawasan yang dikenakan PKPD hanya sambutan perayaan bagi seisi keluarga dalam rumah yang sama sahaja dibenarkan.

 

Untuk korang yang sambut Deepavali harap boleh ikut SOP yang ditetapkan. Kalau kita dapat jaga diri kita tahun ni. Tahun depan kita semua boleh sambut dengan lagi meriah!

Baca: Beberapa Perubahan SOP PKPB & PKPP Akan Diumum Dalam Masa Terdekat – Ismail Sabri

A3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.