in

Selingkuh Dengan Isteri Orang, Duda Sembunyi Atas Pendingin Hawa Untuk Elak Dicekup Khalwat

curang kena tangkap khalwat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara takut kena tangkap khalwat dengan isteri orang, seorang duda telah cuba melarikan diri melalui tingkap bilik hotel dan membahayakan dirinya sendiri dengan berdiri di atas pendingin hawa di luar bilik berkenaan.

Namun usahanya ternyata gagal apabila pasangan ini berjaya dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor ketika serbuan dilakukan.


Menurut Harian Metro, lelaki berusia 40 tahun itu berjaya dikesan JAINJ apabila penguat kuasa ternampak kelibat suspek dalam keadaan berseluar tetapi tidak berbaju sambil berdiri atas pendingin hawa di luar bilik hotel di tingkat dua.

photo 2025 10 10 12 42 40 1760071454

Artikel berkaitan: Pelajar IPT Dicekup Berkhalwat, Beri Alasan Sedang Ulang Kaji Pelajaran Dalam Kereta

Artikel berkaitan: Dah Bayar Denda RM3,000 Seorang, Kes Khalwat Aliff Aziz & Ruhainies Didakwa Sudah Selesai?

Berang dirinya sudah kepung di belakang hotel, lelaki berkenaan juga telah mengeluarkan kata-kata kesat kerana tidak puas hati dengan tindakan penguat kuasa tersebut.

Menurut JAINJ, tangkapan berkenaan telah dilakukan pada jam 1.30 pagi, hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan bagi membendung kegiatan maksiat.

Sebaik tiba, penguat kuasa mengetuk pintu bilik dan kira-kira 10 minit, seorang wanita wanita berpakaian lengkap membukanya. Pada mulanya penguat kuasa mendapati hanya seorang wanita berada dalam bilik berkenaan.

“Ketika itu, keadaan tingkap terbuka sebelum kedengaran teriakan suara seorang penguat kuasa yang ditugaskan mengawal di belakang hotel ketika operasi itu.

“Penguat kuasa itu menyuluh dan mendapati seorang lelaki cuba meloloskan diri dengan berdiri di atas kompresor pendingin hawa. Lelaki itu juga marah kerana cubaan melarikan diri tidak berhasil,” kata JAINJ dalam satu kenyataan.

Dengan bantuan penguat kuasa, lelaki itu telah berjaya ditarik masuk ke dalam bilik melalui tingkap.

Hasil soal siasat juga mendapati lelaki tersebut berstatus duda dan bekerja di Kluang, manakala wanita berusia 30-an pula adalah seorang isteri dan mempunyai seorang anak. Wanita berkenaan dilaporkan bekerja di daerah lain.

Dia (wanita) memberitahu datang ke sini (Kluang) kerana mahu membeli barang dan berehat di hotel sementara pulang ke rumah.

“Bilik hotel disewanya berada di tingkat 2 dan tindakan lelaki itu mengundang bahaya sekiranya terjatuh kerana di bawah ada longkang simen dan jalan tar,” katanya lagi.

Difahamkan pasangan ini telah ditangkap dan akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dengan denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.