• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

“Selidik dulu, pegawai penjara tak sekejam disangka” – Kecoh Banduan Mati Dipukul Dalam Sel Penjara Kelantan, Rupa-rupanya…

by Sue Idris September 7, 2020, 1:30 pm

ShareTweet
Banduan Mati

Baru-baru ini viral di Facebook tentang kes seorang banduan yang dimasukkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia beberapa hari kemudian. Posting itu dimuat naik oleh adik ipar banduan terbabit yang meminta penjelasan dari pihak Penjara Kelantan tentang prosedur di sana memandangkan mereka dikatakan tidak diberi tahu tentang keadaan mangsa dan mendakwa dia telah dipukul di dalam sel.

Banduan2

Saya terpanggil untuk viralkan satu kes untuk mohon pencerahan. Bukan untuk aibkan sesiapa. Kes abang ipar seorang banduan kes ketum masuk penjara Pengkalan Chepa pada bulan 7 2020.”

 

Pihak penjara tak maklumkan, tahu-tahu dah tenat…

Mengikut cerita adik iparnya itu, mereka sekeluarga sepatutnya melawat banduan berkenaan pada 22 Ogos lepas namun tidak dapat berjumpa kerana mereka dimaklumkan lelaki terbabit baru menjalani pembedahan kaki.

Berikut adalah status tersebut:

“Seterusnya booking melawat diambil lagi pada 31/8/2020 dan keluarga kami dimaklumkan yang abang ipar (banduan) masuk wad sudah seminggu. Selepas mendapatkan surat kebenaran polis kami ke Hospital Kota Bharu. Hanya seorang sahaja dibenarkan masuk.”

Yang amat terkilan bagi pihak kami adalah abang ipar (banduan )sudah tenat setelah pihak hospital maklumkan peluang untuk hidup tak berapa ada kecuali dengan izin AllahSWT.”

Banduan1

“Kalau kami tak dapat booking melawat pada 31/8/2020 mungkin kami taktau keadaan abang ipar yang sudah nazak. Hari ini 1/9/2020 kami telefon pihak penjara Pengkalan Chepa mohon pencerahan adakah prosedur pihak penjara tidak akan maklumkan kepada ahli keluarga jika banduan sudah tenat?”

Memang tau abang ipar adalah banduan tapi tiadakah perikemanusiaan fikir abang ipar mungkin ada ahli keluarga.”

 

Pergi penjara minta penjelasan

Menurutnya lagi, mereka sekeluarga ke Penjara Pengkalan Chepa namun katanya pegawai di sana melayan dengan endah tak endah.

“Pegawai yang bertugas di situ cakap memang prosedur penjara tidak akan maklumkan kepada ahli keluarga jika banduan masuk hospital kecuali jika banduan meninggal? Pertanyaan sekarang betulkah ini posedur pihak penjara untuk banduan?”

“Jika betul pihak kami redha. Tambah menyedihkan lagi apabila pegawai penjara di situ cakap kena telefon bahagian kebajikan jika nak berjumpa itu pun kalau pegawai situ nak jumpa!! Beginikah etika pihak penjara melayan ahli keluarga banduan yang datang hanya untuk mengetahui prosedur?”

Baca selanjutnya di sini.

 

Penjara Kelantan nafi, bukan maut akibat dipukul

Menurut Harian Metro, Jabatan Penjara Kelantan telah menafikan dakwaan ahli keluarga banduan tersebut yang telah meninggal dunia pada 1 September lepas. Pengarah Penjara Kelantan Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, mangsa yang menjalani hukuman penjara pada 8 Julai lalu atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun (AR) bukan maut akibat dipukul ketika berada di dalam sel seperti didakwa.

Penjara1

Malah menurutnya, sebelum mana-mana tahanan dimasukkan ke dalam penjara, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memeriksa tahap kesihatan masing-masing pada ketika itu.

“Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas mangsa, didapati kakinya bernanah serta berkudis dan pegawai perubatan di penjara memberi ubat namun kecederaan pada kakinya semakin parah sehingga memaksa doktor membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).”

Banduan4

“Walau bagaimanapun, pada 25 Ogos lalu, mangsa sekali lagi mengadu sakit pada bahagian kaki dan dia dibawa ke HRPZ II untuk rawatan lanjut dan tiga hari lalu mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPZ II dan disahkan meninggal dunia pada 1 September lalu.”

Doktor mengesahkan punca kematian adalah disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.”

 

Dah maklumkan pada keluarga, ada SOP yang perlu dipatuhi

Insiden tersebut sebenarnya telah pun dimaklumkan kepada ahli keluarga bagaimanapun terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak penjara yang perlu dipatuhi. Menurutnya lagi, pihak penjara terkilan dengan kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh adik ipar mangsa tanpa mendapatkan maklumat sebenar.

Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas penyebar berita palsu ini sehingga menjejaskan kredibiliti Jabatan Penjara.”

Banduan3

Baca: “Tak sangka sebab anak saya dijaga baik” – Wanita Terkejut Dapat Tahu Pengasuh Anak Rupa-Rupanya Penagih Dadah

Penagih Pengasuh

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Gambar hiasan
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Gambar hiasan

Terkini

  • Ft Syida Melvin

    Netizen Persoal Bawa Anak Masa ‘Live’ Serang Bekas Suami, Ini Penjelasan Penuh Syida Melvin

  • Ft Dr Fie 2

    “Saya juga manusia biasa, ada kekurangan” – Dr Fie Akui Khilaf & Mohon Maaf

  • Ft Rosmah

    Kes ‘Body Shaming’ Rosmah: Peguam Harith Iskander Mahu Tarik Diri

  • Indonesia Sukan Sea 2027 Menyedihkan Ft

    Indonesia Kecewa, Anggap Malaysia Gugurkan Beberapa Acara Sukan SEA 2027 Sebagai Menyedihkan

  • Ft Suspek Tetak

    Suspek T*tak Polis Alami Tekanan Jiwa, ‘Frust’ Kekasih Ikut Lelaki Lain

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Ana 21

    Sambutan Deepavali Kebangsaan 2026, Ruang Rakyat Malaysia Kenali Pelbagai Warisan Negara

  • Ana 20

    Malaysia Melonjak Ke Tangga Ke-27 Ranking Digital & AI Dunia, Makin Dekat Sasaran Negara AI 2030!

  • Ana 17

    Malaysia Mahu Semua Rakyat Nikmati Kemajuan AI, Jangan Sampai Ada Yang Tercicir Dalam Dunia Digital!

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Syaz Ft 71

    AG Coco & Iman Tang Antara Nama Besar Galas Tugas Juri Malaysia Bagi Eurovision Asia 2026

  • Kareena Kapoor Loket Kursi Ft

    “Tidak menghormati ayat suci Al-Quran” – Kareena Kapoor Dikritik Pakai Loket Tertera Ayat Kursi Ketika Sambut Deepavali

  • Syaz Ft 69

    “Mulai hari ni saya dah give up nak TTC” – Janna Nick Fokus Nak Kuruskan Badan

  • Syaz Ft 61

    “Memang susah ler Aina…” – Video Peserta Filipina Eurovision Asia Peluk Penerbit Israel Cetus Spekulasi Netizen?

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube