in

“Tiap malam belajar sorang2” – Luahan Anak Lepas Ibu Malu Tak Dapat SBP Raih Perhatian Netizen

Page Malu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, keputusan permohonan sekolah berasrama penuh (SBP) untuk kemasukan Tingkatan 1 bagi pelajar Tahun 6 telah pun diumumkan dan tak dapat dinafikan, tak semua pelajar berpeluang untuk melanjutkan pelajaran mereka di sekolah tersebut.

Seperti satu perkongsian yang telah tular di media sosial mengenai kisah seorang pelajar Tahun 6 yang memuatnaik video luahan perasannya di TikTok dan screenshot luahannya itu telah dikongsikan di Twitter.


Dari gambar itu, dia menyatakan rasa sedihnya apabila ibunya sendiri malu selepas dia gagal masuk ke SBP seperti kawan-kawannya yang lain malah keadaan menjadi lebih buruk apabila namanya tiada dalam ‘group’ sekolah tersebut.

“My mom cakap dia malu sebab nama saya takde dalam group kelas yang dapat MRSM or SBP. Then she said nak jadi apala ni” – Luahnya di TikTok

“Tak sambung SBP bukan makna tak pandai”

Tweet ini nyata meraih perhatian netizen kerana rata-rata kongsikan pendapat masing-masing dan ada yang mengatakan bahawa kegagalan sambung belajar ke SBP bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan kerana kegigihan dalam menuntut ilmu itu lebih penting.

“Belajar betul-betul dik, buktikan belajar sekolah biasa pun boleh pergi jauh” – Ujar netizen

Twt Full 6

Bukan itu saja, isu ini turut membuka mata ramai pihak dengan mendedahkan bahawa sebagai ibu bapa, mereka seharusnya memberikan sokongan moral kepada anak-anak walaupun gagal untuk sambung belajar ke sekolah yang lebih baik demi menjaga emosi dan mental mereka di usia muda.

Takpe dik, pastikan study hard betul-betul. Dapatkan keputusan cemerlang okay? Semoga dimudahkan segala urusan!

Baca: “11 tahun belajar…” – Pelajar Perubatan Terdesak Rela ‘Tanam’ Peranti Bluetooth Dalam Telinga Untuk ‘Pass’ Peperiksaan Graduasi

Untitled 2 12

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.