Disember lalu dunia digegarkan dengan munculnya wabak Covid-19 yang didakwa bermula dari pasar basah di Wuhan China.
Sebelum ia mula merebak ke seluruh dunia dengan lebih 29 juta disahkan positif sehingga kini.
China umum vaksin Covid-19 dah ready!
Terbaru semalam, China mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan mereka dijangka boleh dipasarkan seawal November ini, lapor Harian Metro.
Wow!
Pengeluar vaksin itu yakin dengan perkembangan yang ditunjukkan selepas turut melakukan ujian ke atas calon-calon mereka.
Sekitar November atau Disember.Berdasarkan keputusan ujian klinikal fasa tiga, perkembangan semasa sangat lancar”– Wu Guizhen/Ketua pakar keselamatan bio di Pusat Kawalan Penyakit China
Namun mereka tidak mendedahkan vaksin mana yang dimaksudkan mereka cuma mengulas lanjut terdapat sembilan calon vaksin kini dalam fasa terakhir ujian ke atas manusia.
Dilaporkan puluhan ribu orang secara sukarela telah mengambil vaksin tersebut termasuk 90 peratus pekerja dan keluarga iaitu antara 2,000 hingga 3,000 orang.
Baca : BERITA BAIK! Rusia Berjaya Hasilkan Vaksin Covid-19 Pertama Di Dunia