in

“Selebriti M’sia ada bran?” – Penyanyi Popular Ali Gatie, Dihujani Ribuan Mesej Lepas Kongsi Nombor Dengan Fans Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi kebanyakan golongan remaja, nama Ali Gatie ni memang tak asing lagi pada dorang. Tapi untuk korang yang tak tahu, penyanyi berasal dari Yemen dan membesar di Canada ni mula menempa nama bila dia keluarkan single yang bertajuk It’s You pada Jun tahun lalu.


Bukan tu je, Malaysia merupakan salah satu negara yang paling banyak stream lagu ni sampai dapat carta nombor 1 dekat sini tau! So, memang tak pelik kalau Ali Gatie ni sayang gila dengan peminat-peminatnya kat sini.

Sejak itu, ramai peminat yang request Ali Gatie untuk datang ke Malaysia dan akhirnya dia tunaikan harapan peminatnya dan bakal menghiburkan dorang MALAM NI.

Tak cukup dengan tu, pagi tadi, penyanyi ini telah mengejutkan peminat-peminatnya di sini dengan mendedahkan nombor telefon peribadinya di Twitter supaya dia boleh bercakap sendiri dengan dorang. Gilalahhh

Tanpa membuang masa, peminat-peminat Ali Gatie telah “menyerang” WhatsApp penyanyi ni dengan call dan mesej tanpa henti sampai dia terpaksa suruh orang stop.

Dalam IG Story peribadinya pula, Ali Gatie telah kongsikan gambar WhatsApp dia tengah cuba reply fans dia dan korang boleh tengok ada lebih 20,000 mesej weh! Sampai bulan depan tak habis reply.

Tapi bila dah banyak macam ni mesej, mestilah hanya yang bertuah je dapat reply kan…

Apa-apa pun, admin respectlah effort dia nak entertain peminat-peminat dia. Tapi, korang pun janganlah cakap benda-benda merepek dekat dia, jagalah sikit imej ketimuran kita ni ye?

 

Baca: “Muka nampak penat, tapi masih comel” – Netizen Puji Mira Filzah Tetap Layan Peminat Walaupun Penat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.