in

“Selamat hari lahir, Ironlady”- Ucapan Syed Saddiq Sempena Hari Jadi Bella Astillah Buat Peminat Cair

Hari Lahir Bella Astillah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ucapan selamat hari lahir oleh Ahli Parlimen Muar kepada selebriti Bella Astillah di platform Threads hari ini mencuri perhatian ramai pengguna media sosial, khususnya peminat kedua-dua mereka.

Menerusi Threads dan Facebook, Syed Saddiq memuat naik foto bersama Bella serta anak-anaknya berserta kapsyen ucapan hari lahir buat selebriti yang kini berusia 31 tahun itu.


12 1

Artikel Berkaitan: “Postcard? Kad Kahwin?” – Syed Saddiq Dilihat Edar ‘Envelope’ Putih Di Parlimen?

Artikel berkaitan: Berjaya Habiskan Ironman Dalam Masa Kurang 13 Jam, Syed Saddiq Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Kebajikan Rakyat Muar

Syed Saddiq turut dilihat menghadiahkan jambangan bunga kepada Bella, malah anak-anak penyanyi itu juga kelihatan mesra dan rapat dengan Ahli Parlimen Muar berkenaan.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa terharu dengan ucapan Syed Saddiq kepada Bella. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir kepada penyanyi dan pelakon itu yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada 15 Mac.

Selain itu, ramai peminat turut mendoakan yang terbaik buat Syed Saddiq dan Bella.

Sumber: Threads Syed Saddiq 

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.