Dulu masa sekolah, korang ada pengalaman bercinta tak? Alah, apa orang selalu kata tu, cinta monyet? Haa lebih kurang la.
Terbaru, tular dekat laman Twitter mengenai seorang gadis berkongsi pengalamannya telah ditipu oleh catfish selama hampir setahun bercinta.
Bismillah. Hai semua! Im pretty sure some of you kenal dia ni. Tapi dia dah delete acc ni sebab kantoi fake. 100 rt and i'll share the story and some tips if you're in relationship with someone you've never met pic.twitter.com/7WhqhQvMuW
— ηαנαн (@naaaajah) December 16, 2019
Menurut @naaajah, akaun Twitter yang digunakan oleh catfish tersebut telah pun ditutup kerana perbuatannya itu berjaya diketahui.
Detik perkenalan mereka ini bermula dalam group whatsApp sekolah.
Tambahnya lagi, sepanjang terjalinnya hubungannya ini, mereka langsung tidak pernah berjumpa, dan penyamar itu mengakui bahawa dia seorang yang pemalu.
Katanya lagi, pasangannya itu hanya akan membuat voice note apabila kena paksa olehnya dan langsung tidak pernah video call.
Namun setelah hampir setahun bercinta, gadis ini mengambil keputusan untuk berhenti daripada meneruskan hubungannya ini kerana percaya dirinya telah di tipu.
After a year, i just can't hold things together, aku terus jujur dengan dia yang aku tau dia menipu.I'm Sorry, but i've deleted the chat. He ended up mengaku yang dia tipu and said "kau takkan terima aku kalau aku tak buat macam tu" but he still kept his true identity
— ηαנαн (@naaaajah) December 16, 2019
Tapi apa yang lebih menyakitkan adalah bila dia dapat tahu bahawa individu yang menyamar jadi lelaki idamannya itu adalah seorang perempuan. Akaun Twitter dan Instagram milik penyamar itu adalah milik seorang perempuan. Biar betul?

Namun begitu, rupa-rupanya bukannya gadis ini seorang sahaja yang pernah kena tipu dengan pemilik akaun tersebut. Ramai lagi mangsa lain yang pernah kena tipu.
Bila stalk Twitter kawan dia, nampak dia pakai tudung?

Ex aku perempuan rupanya!

Namun Najah telah menjelaskan bahawa gambar lelaki yang diletakkan dalam threadnya adalah individu yang turut menjadi mangsa kepada penipuan ini. Gambarnya telah digunakan untuk memperdaya individu lain.
To clear things up, incase korang nampak mana² acc yang ada gambar ni or muka ni, selain @aqllqayyum ig: @aqiilqayyum tu semua fake. Ok thank you, stay safe <3 pic.twitter.com/YIq4YkLDco
— ηαנαн (@naaaajah) December 16, 2019
Alamak, takutnya bila tengah syok bercinta rupa-rupanya bercinta dengan sama gender. Tapi bagi admin, kalau boleh sebelum bercinta tu, korang check betul-betul background pasangan korang tu, tak nak lah kena tipu.
Baca: “DP crush kau tu gambar aku” – Lelaki Kantoi Konon Crush Terima Cinta, Padahal…