in

Selama Hampir 4 Dekad, Bapa & Anak Perempuan Ini Tangkap Gambar SETIAP TAHUN di Lokasi Yang Sama! Lihat Hasilnya…

Bapa Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar keluarga bagi sesetengah orang adalah tradisi. Sama seperti seorang bapa dan anak perempuannya dari China ini yang telah mengambil gambar bersama setiap tahun dengan berbeza fesyen.


Menurut Nextshark, gambar pertama Hua Yunqing dan anaknya Huahua adalah pada tahun 1980 iaitu ketika anak perempuannya berusia 1 tahun. Sejak itu, mereka menjadikannya sebagai tradisi untuk bergambar di lokasi yang sama selama 4 dekad iaitu di hadapan tasik Taying Lake dekat Zhenjiang, Jiangsu.

Gambar1

“Saya tak terfikir pun nak ambil gambar lagi di sana tapi bila saya dapat gambar itu, saya sangat sukakannya. Jadi, kami ke sana setiap tahun untuk ambil gambar.”

Tradisi keluarga itu bermula apabila negara China menguat kuasakan polisi anak satu, di mana pasangan suami isteri dilarang utnuk mempunyai lebih daripada seorang anak. Polisi itu berkuat kuasa pada tahun 1980 dan dilaporkan berakhir pada 2015 yang lalu.

G1

G2

G3

Bagi memastikan rakyat mematuhi polisi itu, kerajaan akan mengenakan denda kepada mana-mana keluarga yang memiliki lebih daripada satu anak tanpa permit. Bagi keluarga yang ikut polisi dan kekal dengan seorang anak sahaja, mereka akan diberi insentif seperti cuti bersalin.

G4

G5

G6

Melalui gambar mereka, boleh dilihat perubahan fesyen yang digayakan anak beranak ini mengikut peredaran zaman. Gambar hitam putih bertukar menjadi gambar berwarna pada tahun 1985, menunjukkan Hua membeli kamera yang baru.

G8

G9

G10

Kini di usia 60-an, Hua bagaikan tidak percaya dengan peredaran masa apabila kini cucunya pula turut mengambil gambar bersama-sama. Bagaimanapun, siri gambar tradisi keluarga ini sedikit ‘cacat’ kerana tiada gambar diambil pada tahun 1998 di mana ketika itu Huahua tidak ikut bapanya bercuti ke tasik tersebut.

G11

Gambar32

Gambar33

Baca: “Orang dulu pinggang macam kerengga” – Gambar Klasik Guru-guru Wanita Zaman 60-an Raih Perhatian Netizen

Collage 17

Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark
Sumber: Nexthark
Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.