Disebabkan pandemik, ramai syarikat yang gulung tikar dan menanggung hutang yang banyak ekoran banyak majlis perlu dibatalkan.
Begitu juga dengan seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Sha ini. Sejak pendemik Covid-19, perniagaan katering milik dia dan suami terjejas teruk kerana ramai pelanggan terpaksa batalkan majlis ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lalu.
Memetik laporan dari Harian Metro, Sha mengatakan wang simpanannya habis digunakan untuk membayar gaji pekerja dan memulangkan semula wang tempahan yang diminta pelanggannya.
Untuk memastikan kelangsungan perniagaan, suami akhirnya memutuskan untuk meminjam wang daripada along kerana lebih mudah dan cepat mendapatkan wang.”
Menurut Sha, semuanya bermula apabila suaminya menerima satu mesej daripada Ah Long yang menawarkan pinjaman pada Ogos tahun lalu.
Setiap hari mesej bertalu-talu masuk menawarkan pakej pinjaman yang membuatkan suami terpengaruh hingga keseluruhannya membuat pinjaman lain sehingga mencecah 18 along.”
Pada awalnya, suami Sha dapat menguruskan pembayaran mengikut jadual yang ditetapkan namun keadaan mereka jadi bertambah teruk apabila PKP 2.0 dilaksanakan sehingga membuatkan pasangan ini gagal membayar ansuran harian.
Ketika PKP kedua, kami tidak mampu lagi membayar wang ansuran dikenakan along.
“Akibatnya daripada hanya RM30,000 jumlah keseluruhan pinjaman, hutang kami bertambah hingga mencecah RM70,000.
“Kehidupan kami bertukar huru-hara dan kerap bergaduh kerana setiap hari along mengganggu kami termasuk diugut bunuh jika tidak dapat menjelaskan hutang.”
Selepas buntu, pasangan ini akhirnya merujuk kepada Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia untuk mendapatkan bantuan menjelaskan baki hutang menerusi Bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
Sha dan suaminya kini bebas hutang dan serik untuk pinjam lagi dengan Ah Long serta bertekad untuk bayar semula wang dari bantuan yang mereka terima.
“Peminjam Ah Long meningkat 15 kali ganda”
Harian Metro melaporkan, jumlah peminjam yang memohon untuk dapatkan pinjaman dari Ah Long juga telah meningkat sebanyak 15 kali ganda berbanding sebelum PKP dilaksanakan.
Seorang Ah Long juga turut mengaku yang dia banyak menerima permohonan melalui pelbagai medium termasuk Facebook dan panggilan telefon.
Katanya, kebanyakan dari peminjam ini terdiri daripada mereka yang terkesan dengan PKP termasuk yang dibuang kerja dan dipotong gaji.
Malah, mereka sampai perlu buat tapisan ketat dan tolak banyak permohonan kerana tak ada jaminan akan dapat bayaran balik.
Setiap kali hari raya (Aidilfitri), mesti ramai yang ingin meminjam. Saya jangkakan kenaikan sekali ganda daripada biasa.”
Min dengar, memang modus operandi Ah Long macam ni, kalau dah buat satu pinjaman, nanti Ah Long yang lain pun akan cari kita untuk offer duit untuk bantu kita bayar duit yang dipinjam sebelum ini, kesudahannya…
Baca: Ah Long Dedah Sehari Hampir 40 Orang Hubungi Mahu Pinjam Wang Semenjak COVID 19 Melanda