in

Selain Kos Sara Hidup, Kos Untuk Mati Juga Meningkat! Caj Pengurusan Jenazah Cecah RM5k

Cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kenaikan harga barang dan inflasi yang melanda Malaysia ternyata menjejaskan ramai pihak yang terpaksa menanggung kenaikan kos sara hidup.


Banyak rintihan daripada rakyat berkenaan isu ini yang dilaporkan media, untuk memberi kesedaran kepada pihak atasan agar nasib rakyat terbela.

Bukan kos nak hidup je tinggi

Untuk pengetahuan anda, bukan kos sara hidup sahaja yang semakin meningkat pada ketika ini, namun kos untuk meninggal dunia juga meningkat!

Menurut satu laporan, individu Islam yang tidak menyertai mana-mana khairat kematian perlu menyediakan antara RM2,000 hingga RM5,000 sebagai kos pengurusan jenazah untuk mereka. Kos ini termasuk kelengkapan kapan, upah gali kubur, van jenazah, tahlil dan tempahan batu nisan.

Menurut seorang wakil pengurusan jenazah, Syafiq Hassan, dia berkata ramai individu Islam berusia 50 tahun dan ke bawah kurang menyedari kepentingan menyertai khairat kematian yang boleh meringankan beban waris kelak.

Jalan Ampang Muslim Cemetery

Jelasnya, pakej pengurusan jenazah termasuk mandi, kafan, pengebumian dan bacaan tahlil di pusara di kawasannya boleh mencecah RM890 seorang. Bagaimanapun, lelaki ini berkata kos pengurusan jenazah adalah bergantung kepada kariah kawasan.

Ia bergantung kepada kariah masing-masing. Jika di kawasan bandar, ada pihak pengurusan menetapkan lebih RM2,000,” jelas Syafiq kepada sumber.

Barangan kelengkapan jenazah naik harga

Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos pengurusan jenazah adalah kenaikan harga barangan kelengkapan jenazah seperti kapas, kain putih dan papan keranda.

Kapas sebelum ini RM5, kini RM7. Kain putih daripada RM160 segulung kini RM180. Papan keranda dahulu RM65, kini RM85 sekeping,” katanya kepada sumber.

Kerajaan perlu memantau isu berhubung kenaikan harga yang bukan sahaja melibatkan barangan keperluan harian seperti ayam, daging, minyak masak dan telur.

Kredit: Fedtri Yahya

BACA: Kenaikan Harga Barang, Pengarah KPDNHEP Melaka Minta Rakyat Kurangkan Makan Telur

Cats 1

Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.