in

“Rest in peace”- Kubur Batu Nisan Untuk Memperingati Jasa Internet Explorer Dibina Di Korea Selatan

F4 Iee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita tamatnya ‘riwayat’ browser atau pelayar Internet Explorer setelah 27 tahun digunakan oleh pengguna internet.

Meskipun ramai antara kita yang dah lama beralih kepada Google Chrome, Firefox atau Safari, namun masih ada juga yang menjadikan Internet Explorer sebagai browser utama di komputer riba mereka.


Tamatnya perkhidmatan Internet Explorer ini dilihat memberi kesan kepada pengguna setianya hingga ada yang membina ‘batu nisan’ untuk memperingati jasa pelayar internet itu di Korea Selatan.

Arlg 15

Menurut Channel News Asia, batu nisan yang dianggap sebagai monumen tersebut telah dibina oleh seorang jurutera dan logo ‘e” dilihat diukir pada permukaan ‘kubur’ berkenaan.

Selain itu, ayat sedih memperingati jasa Internet Explorer juga dilihat diukir pada batu itu.

Dia merupakan alat yang membantu untuk memuat turun pelayar internet lain,” tulisnya.

Arlg 16

Untuk pengetahuan semua, Internet Explorer banyak digunakan di Korea Selatan kerana sehingga tahun 2014, penduduk di sana dilaporkan perlu menggunakan ActiveX iaitu plugin yang dicipta oleh Microsoft untuk aktiviti dalam talian seperti perbankan dan beli-belah dalam talian.

Sumber: Channel News Asia, Clien

Baca: Selain Internet Explorer, Ini 5 Laman Web Popular Yang Dah Ditamatkan 

Arlg 14

Sumber: Clien
Sumber: Clien

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.