in

“Seksi saya bertempat…” – Rupanya Ramai Penganjur Majlis Takut Dengan Imej Menjolok Mata Zizi Kirana

Zizi Kirana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zizi Kirana selalu dihimpit kontroversi kerana cara pemakaian seksi yang ditampilkan. Tapi, bukan setakat netizen, rupa-rupanya ramai penganjur majlis yang kurang selesa dengan imej seksi penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak ni.


Menurut Berita Harian, disebabkan sering upload gambar seksi dekat media sosial, Zizi Kirana selalu diingatkan untuk berpakaian sopan jika buat persembahan.

“Saya akui, kebelakangan ini, rezeki saya semakin murah. Tetapi, setiap kali menerima tawaran, pasti saya dinasihatkan supaya tidak berpakaian seksi.”

Zizi 1
sumber: instagram

Kata Zizi, kebanyakan daripada penganjur majlis ni risau sebab dia berpakaian menjolok mata tapi dia sendiri akui selalu jaga batas bila muncul di tempat awam atau setiap kali terima undangan persembahan.

“Tidak mungkin saya bergaya keterlaluan ketika membuat persembahan kerana saya berpakaian mengikut kesesuaian acara.

“Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana seksi saya bertempat. Saya sudah matang dan tahu membawa diri.”

Zizi 2
sumber: instagram

Sebelum ni, Zizi terpalit kontroversi imej seksi sampai ada netizen yang samakan dia dengan pornstar antarabangsa, Mia Khalifa. Tapi, penyanyi berusia 32 tahun ni kata dia sendiri tak pernah kenal pun pelakon lucah tu. Zizi sendiri terkejut dan tak sangka yang netizen ada imaginasi setinggi tu.

Ada orang samakan saya dengan seorang bintang porno popular dan saya tak kenal dia.”

Mia 3
sumber: all india roundup

Baca: Selalu Berpakaian Seksi dan Tunjuk ‘Aset’, Zizi Kirana Disamakan Dengan Pornstar Terkenal

Zizi Kirana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.