in

Sekolah Di UK Denda £1 Untuk Setiap Lima Minit, Kalau Ibu Bapa Lambat Ambil Anak Di Sekolah

Untitled Collage 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah sekolah di Gravesend, UK dilapor akan mengenakan denda sebanyak £1 bagi setiap lima minit — ke atas mana-mana ibu bapa yang gagal mengambil anak masing-masing pada waktu yang ditetapkan.


Bagaimanapun, pihak sekolah menjelaskan — ia dibuat demi menampung kos bayaran tambahan kepada guru yang terpaksa bekerja lebih masa di sekolah untuk menjaga pelajar mereka.

Nintchdbpict000554359487

School3

Lebih daripada itu, para guru juga dibenar menghubungi pihak jabatan kebajikan sosial — sekiranya ibu bapa masih membiarkan anak-anak mereka menunggu di sekolah selepas pukul 4 petang.

Sekiranya ibu bapa tidak dapat dihubungi, maka pihak sekolah akan meletakkan anak-anak mereka di bawah jagaan pihak berkuasa tempatan.

Tindakan sekolah tersebut nyata mengundang kemarahan golongan ibu bapa, yang menyifatkan ia sebagai satu bentuk hukuman yang sengaja dikenakan ke atas ibu bapa yang kurang berkemampuan.

 

Baca: “Segala masalah terus pergi sekolah” – Sekolah Di UK Tidak Benarkan Parents Hubungi Guru Secara Langsung, Tapi Dekat Malaysia?

Featured Image Uk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.