in

“Segala masalah terus pergi sekolah” – Sekolah Di UK Tidak Benarkan Parents Hubungi Guru Secara Langsung, Tapi Dekat Malaysia?

Featured Image Uk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni, pernah viral di laman media sosial mengenai kewujudan group whatsApp di antara guru dan ibu bapa


https://twitter.com/pendidikmajalah/status/1216162983602200576?s=20.

Apa yang menjadi topik hangat di bincangkan di laman Twitter tersebut adalah, guru-guru di Malaysia kini di hantui oleh group whatsApp bersama ibu bapa.

Kalau kita pandang dari sudut positif, ada baiknya group tersebut ditubuhkan untuk menyampaikan perkara-perkara penting sahaja.

Tapi kalau group yang ditubuhkan itu hanya untuk bertanya soalan remeh dan merepek guru mana yang tak stress kan? Kita yang buku guru pun boleh jadi stress kalau tengok perbualan merepek dalam tu.

Namun begitu, melalui perkara ini juga, seorang wanita telah berkongsi dekat laman Twitter di mana sekolah di United Kingdom (UK) tidak membenarkan sama sekali ibu bapa untuk berhubung secara langsung dengan guru-guru.

Bukan itu sahaja, bagi ibu bapa yang mempunyai sebarang persoalan atau mahu mendapatkan berita, mereka boleh menghubungi guru-guru atau pihak sekolah dengan menggunakan newsletter atau parentmail.

Selain itu juga, ibu bapa lebih digalakkan untuk terus datang ke sekolah bagi mengesahkan apa-apa perkara yang melibatkan anak-anak.

Demi menjaga privasi dan keselamatan para pelajar, pihak sekolah juga mengharamkan penggunaan telefon bimbit di sekitar sekolah.

Maxresdefault 1
Gambar hiasan

Wanita ini juga ada menyarankan supaya kaedah yang digunakan di UK ini boleh diimplementasikan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Bukan apa, rasanya guru-guru pun akan menjadi lebih tenang jika tiada group whatsApp bersama ibu bapa.

Pening juga cikgu nak layan parents yang tanya soalan pelik-pelik tiap masa kan?

 

Baca: “Cikgu tu seorang, ada 32 budak” – Keletah Ibu Bapa Dalam Grup WhatsApp Sekolah Memeningkan, Buat Cikgu Macam ‘Orang Suruhan’

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.