in

“Sekelip mata berubah” – Dahulu Tempat Rekreasi Terkenal, Kini Sg Gabai Musnah Akibat Banjir

Sg Gabai Musnah Akibat Banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara hujan turun tanpa henti sejak dua minggu lalu di beberapa negeri di Malaysia, terdapat beberapa kawasan yang telah mengalami kemusnahan teruk akibat banjir.


Malah lebih menyedihkan antara kawasan yang terkesan ialah sebuah pusat rekreasi terkenal di Selangor iaitu Sungai Gabai.

Menerusi perkongsian Bernama, Pusat Rekreasi Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat kini telah musnah selepas dua minggu dilanda banjir teruk di Selangor.

Keadaan kawasan rekreasi dan air terjun Sungai Gabai Hulu Langat yang dahulunya menjadi tarikan pelancong dari dalam dan…

Posted by BERNAMA on Monday, January 3, 2022

 

Dapat dilihat melalui gambar-gambar di atas, lanskap Sungai Gabai tidak seperti dahulu lagi dan kelihatan sisa timbunan kayu yang telah dihanyutkan sungai di beberapa kawasan.

Tempat yang pernah menjadi tarikan pelancong itu kini sudah tidak selamat dikunjungi lagi.

 

“Ambil masa nak pulihkan balik” 

Perkongsian gambar-gambar tersebut ternyata menimbulkan rasa sedih di kalangan netizen yang pernah berkunjung ke kawasan rekreasi berkenaan.

Sg Gabai

Apa-apapun diharapkan pihak yang bertanggungjawab dapatlah pulihkan semula lanskap kawasan ini. Sedih bila tengok jadi macam ni. 

Baca: Siren Tak Berbunyi, Warga Emas Jadi ‘Hero’ Lepas Kejutkan Jiran Sekitar Kawasan Banjir

Hero

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.