in

“Sejuk mata memandang” – Tarik Kain Gaun Untuk Jaga Aurat Adik, Netizen Puji Sikap Pendakwah Indo Oki Setiana Dewi

Oki Setiana Dewi Betulkan Gaun Adik Video

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah suatu masa dulu, filem Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih agak hit di Malaysia sehingga novel asal filem ini nukilan Habiburrahman El Shirazy laris di pasaran.

Malah pelakon wanitanya, Oki Setiana Dewi juga sering menjadi sebutan ramai dek kerana watak solehahnya bukan saja di dalam filem malah dia juga menjadi pendakwah yang disegani di luar filem.


Oki Setiana Dewi 1

Baru-baru ini, adik kepada pelakon dan pendakwah tersebut, Ria Ricis telah melangsungkan perkahwinan dengan Teuku Ryan dalam satu majlis yang indah pada 12 November lepas, lapor Kompas.

Ria yang juga selebriti terkenal di negara seberang ini telah melangsungkan pernikahannya di Hotel InterContinental Pondok Indah, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan.

Nah tengok betapa grandnya majlis pernikahannya. Cantik sangat adik beradik Oki ni. 

https://www.instagram.com/p/CWM7EUCvhvh/

https://www.instagram.com/p/CWPfS_-vfr9/

https://www.instagram.com/p/CWR54XyP3Yi/

254256931 2705887046386125 7082921921105842793 N

 

Tular video Oki tarik kain gaun adik yang terselak 

Dalam banyak-banyak video yang viral mengenai perkahwinan Ria Ricis, tular satu video TikTok daripada @muhd..ahmad yang memaparkan Oki sedang memerhati adiknya yang berada di atas pentas bersanding.

Namun tak semena-mena dia terus naik ke atas pentas dan memperbetulkan gaun adiknya yang terselak tanpa mengendahkan pembantu majlis yang ada di sekeliling.

@muhd..ahmad

masyaAllah tabarakallah ❤️#okisetianadewi #riaricis #teukuryantr

♬ Khadijah – Veve Zulfikar

 

“Dia tampak begitu menitikberatkan aurat adiknya” 

Tindakan spontan Oki telah mendapat pujian netizen yang kagum dengan sikapnya sangat menitikberatkan hal mengenai aurat meskipun ia adalah majlis perkahwinan adiknya.

Malah ramai yang bersyukur jikalau mereka mempunyai kakak seperti Oki yang sangat menjaga adik-adik dalam hal agama.

Oki Komen

Sejuk mata memandang bila tengok Oki ni kan. Pakaian dia semua sopan je tutup aurat. Kalau dia bagi ceramah pun tenang je dengar. 

Baca: “Tak boleh check dulu ke? Memalukan!” – Netizen Indonesia Mengamuk Adidas Keluarkan Kasut Wayang Kulit Dari M’sia

Collage 32

Sumber: Instagram
Sumber: Facebook
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.