Sebut je nama Janna Nick, korang mesti dah dapat bayangkan gelagat aktres yang cantik ni tapi terkenal dengan berperwatakan agak kasar dan sedikit tomboy.
Pun begitu, sejak akhir-akhir ni min rasa ada perubahan yang sedang berlaku pada Janna. Malah Janna juga sendiri mengakui yang dia dah tak macam dulu lagi semenjak bercinta dengan pelakon kacak, Dinz Schatzmann. Waaa!
“Thanks 2019! Tahun yang paling banyak ubah aku… sekasar-kasar, sejantan-jantan perempuan dah more feminine”
Timeline admin tiba-tiba bersemut hari ini bila pelakon Janna Nick berkongsi video bahagianya dengan teman lelaki, Dinz Schatzmann di Instagram.
Menerusi postingnya, Janna memberitahu yang tahun 2019 ni telah membawa perubahan besar dalam hidupnya kerana dari seorang yang kasar dan agak ‘jantan’ dia telah berubah kepada wanita yang lebih feminin.
Malah lebih sweet lagi, Janna juga menyifatkan Dinz sebagai lelaki yang sangat respect wanita dan melayannya dengan baik sekali sampai dia pun berubah menjadi wanita lembut. Fuhhh…
https://www.instagram.com/p/B6rwjnfn9yl/
“Jangan lupa hantar kad jemputan majlis kat I ok?”
Posting ini telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang ‘bersemut’ lihat video bahagia Janna dan Dinz ni. Ramai yang ‘ship’ hubungan mereka dan ada juga di kalangan artis dah tak sabar nak makan nasi minyak dua artis ni.
![invi](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/12/invi.jpg)
Apa-apapun min doakan semoga Janna dan Dinz terus bahagia dan hubungan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Aminnn!