in

“Sejak zaman nenek moyang lagi”- Penduduk Di Desa Ini Dilarang Jual Nasi Sebab…

Feature 3 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap tempat ada kepercayaannya yang tersendiri. Walaupun mungkin ada yang akan berpendapat kepercayaan tu macam tak masuk akal, namun sebagai orang luar yang datang ke tempat tersebut, kita kena lah hormat tradisi dan adat mereka.


Penduduk sebuah desa di Jawa Tengah, Indonesia ini pula dilarang untuk menjual nasi di kawasan itu berikutan pantang larang yang telah wujud sejak zaman-berzaman lagi. Memetik laporan Suara.com, mana-mana penduduk di Desa Penimbun, Kebumen yang melanggar kepercayaan masyarakat setempat tersebut boleh ditimpa musibah.

Tradisi 2
Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, ianya bermula pada suatu ketika dahulu di mana dulu-dulu, ada seorang pengembara yang singgah di perkampungan itu dan dia telah meminta nasi daripada rumah penduduk di situ sebab lapar.

Namun, semua penduduk tak mampu nak bagi nasi sebab dorang sendiri pun pada waktu tu menghadapi kebuluran akibat kekurangan makanan. So, disebabkan tu, pengembara tu marah dan telah menyumpah desa tu kalau ada yang menjual nasi pada suatu hari nanti akan ditimpa malapetaka. 

Jadi, sehingga kini, penduduk yang berniaga makanan tidak akan menjual nasi di kedai mereka sebaliknya nasi akan diberi secara percuma kepada orang luar yang singgah di kedai makan di desa itu.

Tradisi 1
Gambar sekadar hiasan

Namun, difahamkan juga, walaupun nasi tidak dijual, peniaga di kampung itu masih boleh menjual lontong atau ketupat. Mereka di situ memang takut nak jual nasi sebab dengar kata, sebelum ni ada yang melanggar pantang tersebut dan individu berkenaan telah menjadi kurang siuman sehingga meninggal dunia.

Simin Prayogi iaitu setiausaha desa itu berkata kepada Detik News bahawa mungkin juga kejadian tu hanya kebetulan namun ianya cukup memberi kesan kepada penduduk lain untuk tidak menjual nasi.

Sumber: Suara.com, Detik News, Boombastis 

Baca: Rebus Telur Guna Air Kencing Budak Bawah 10 Tahun, Ini Kisah Pelik Tradisi China

Tradisi

Sumber: Boombastis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.