in

“Sejak dari awal lagi saya percayakan badan kehakiman” – Zahid

Collage 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Ahmad Zahid Hamidi yang telah pun dibebaskan sebentar tadi dari 40 tuduhan kes rasuah membabitkan kontrak sistem visa asing (VLN), mengatakan bahawa beliau telah meletakkan kepercayaannya terhadap badan kehakiman sejak dari hari pertama perbicaraannya.


Bercakap dengan media di luar mahkamah, Zahid meluahkan rasa syukurnya dengan keputusan yang diberikan oleh mahkamah serta turut berterima kasih kepada barisan peguamnya dan bangga dengan kerja keras yang telah dibuat, lapor FMT.

Selain itu, Zahid turut berterima kasih kepada keluarganya dan ketua Umno lain yang sentiasa berdiri di belakangnya ketika dia menjadi mangsa pertuduhan ini.

Alhamdulillah, saya bersyukur. Saya telah difitnah dan dimalukan tapi hari ini saya telah dibebaskan. Kebenaran telah pun menang.”

Turut gembira dengan keputusan ini termasuklah Timbalan Presiden Umno Khaled Nordin yang mengatakan parti mereka gembira dan bersyukur.

Ia akan buatkan kami semua semakin bekerja keras untuk menghadapi pilihanraya akan datang.”

Sementara itu, anak perempuan Zahid, Nurulhidayah melalui Instagram peribadinya turut mengucapkan syukur dengan berita pembebasan bapanya dari 40 tuduhan tersebut.

Zahid sebelum ini telah dituduh atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah S$13.56 juta (RM42 juta) dari Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai Menteri Dalam Negeri pada ketika itu untuk menyambung kontrak firma tersebut sebagai pengendali pusat sehenti di China dan sistem VLN serta mengekalkan kontrak untuk pembekalan sistem bersepadu VLN.

Selain itu, presiden Umno ini juga turut didakwa atas tujuh pertuduhan lain iaitu memperolehi untuk dirinya sendiri sebanyak S$1.15 juta, RM3 juta, 15,000 franc Swiss dan AS$15,000 berhubung tugasan rasminya.

 

Baca: [TERKINI] Zahid BEBAS Dari Semua Pertuduhan!

Zahid Bebas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.