Berlegar di laman TikTok baru-baru ini mengenai video seorang pakcik tua yang dilihat berada dalam keadaan daif di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sehingga menarik perhatian orang sekeliling untuk membantunya.
Menerusi perkongsian TikTok @ic4dlatte, gadis ini menceritakan pengalamannya bertemu dengan pakcik ini yang mana dia tergerak hati untuk menyapa lelaki tua yang sedang makan di sebelahnya.
“Datang dari KL sebab nak cari kerja, isteri dan anak dia dah meninggal”
Menurut video berkenaan, pakcik itu katanya telah menceritakan mengenai kehidupannya yang mana dia datang ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan manakala isteri dan anaknya pula sudah meninggal dunia.
Walau bagaimanapun, disebabkan usianya kini mencecah 70-an, agak sukar untuk pakcik ini mencari pekerjaan dan ditambah pula dengan masalah kesihatan yang dialaminya.
Dia malu nak cakap sebenarnya takut orang tak percaya, tapi aku paksa dia suruh bagitahu and dia tidur kat area TBS tu jee and kalau ada orang bagi duit baru la dia makan,” tulis gadis ini di video.
@syiraholla tolong la viralkan aku takleh la bende cam ni sedih teramat 🙏🏻😭
Video ini kemudian mendapat perhatian netizen yang mana ingin mencari pakcik ini untuk menghulurkan bantuan tetapi usaha mereka tidak berhasil kerana tidak menjumpai pakcik ini di TBS seperti yang diceritakan di TikTok.
“Seharian mencari pakcik ini tak tidur” – Ustaz Ebit
Kisah pakcik ini akhirnya sampai ke pengetahuan Ustaz Ebit Lew selepas dia membaca komen beberapa individu ketika sedang live di TikTok.
Berkat usaha dan doa semua, Ustaz Ebit akhirnya berjaya menemui pakcik berkenaan pada pukul 10 malam tadi dan menghulurkan bantuan buatnya.
Ustaz Ebit juga merancang untuk menghantar pakcik tersebut pulang ke kampung semula dan bakal memberikan duit bulanan untuk meneruskan kehidupannya. Allahu mulia hati ustaz.
https://www.instagram.com/p/CePiYozDgcR/
Malam ni terus bawa ke rumah saya untuk rehat tidur. Pakcik ni makan minum laju dan habis 2 bekas. Lapar sangat. Sedih pula rasanya. Bila bagi jubah dan kurta seronok sangat. Senyum sampai telinga.
“Katanya esok saya balik nak pakai kurta ni ustaz. Pergi masjid solat. Ya Allah, InsyaAllah pagi ni nak bawa pakcik ni beli beberapa keperluan lain sebelum menguruskan balik ke Kedah,” kata Ustaz Ebit.
Perkongsian ini telah mendapat pujian dan rasa lega netizen yang mana akhirnya pakcik ini telah mendapat bantuan sewajarnya oleh Ustaz Ebit. Semoga pakcik ini dalam keadaan baik-baik sahaja.
Sedih bila kita di usia senja terpaksa melalui kehidupan yang susah. Terima kasih Ustaz Ebit kerana membantu.
Baca: “Kita ada Allah” – Ebit Lew Terus Beli Barang Untuk Bina Rumah Baru Keluarga Akid