in

“Segala dakwaan tidak benar” – Peguam Shuk Dah Kumpul Bukti Dakwaan Fara Salleh Untuk Tindakan Susulan

Shuk Fara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan dengan kes rumahtangga Shuk Sahar dan Rossa Serra kembali hangat berikutan pendedahan video yang dilakukan bekas kekasih Shuk, Fara Salleh, mereka telah membuat tindakan susulan dan mempertimbangkan untuk membuat saman fitnah kepada wanita tersebut.


 

Nak saman fitnah

Lapor mStar Online, peguam Shuk, Haziq Aizuddin Subhi berkata, kes tersebut kini telah disiasat oleh pihak Balai Polis Setapak.

“Malam tadi saya bertemu Sera dan Shuk di Balai Polis Pudu untuk membuat laporan polis terhadap Fara Salleh yang melemparkan tuduhan terhadap Shuk”.

Tambah peguamnya lagi, dakwaan yang dilemparkan kepada pelawak itu adalah tidak benar.

“Kes tersebut kini dibawa untuk siasatan di Balai Polis Pudu. Mereka membuat laporan berikutan tuduhan dan ugutan dari Fara. Segala dakwaan terhadap Shuk adalah tidak benar.”

Tambahnya, Shuk dan isteri yang membuat laporan di Balai Polis Setapak semalam kini sedang mempertimbangkan untuk memfailkan saman fitnah.

Shuk2

“Mereka juga dalam pertimbangan untuk memfailkan saman fitnah memandangkan apa yang dilakukan Fara telah mencemarkan imej Shuk dan ia juga satu penganiayaan.”

Sebelum ini Fara ada muat naik IG Story satu salinan laporan polis daripada seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa cabul Shuk.

Malah, Fara juga dikatakan ada kongsi perbualannya dengan individu tersebut dicabul pada Februari lalu di sebuah hotel di Bukit Bintang.

Selain itu, ada satu video yang memperlihatkan kelibat seorang lelaki mirip seperti Shuk tidak berbaju dalam sebuah bilik di hotel sebelum ia dipadamkan.

Oleh sebab itu, Haziq juga menjelaskan bahawa anak guamnya akan membuat laporan terhadap Instagram Fara di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Shuk

Jelasnya lagi, pihaknya kini sudah kumpul segala bukti paparan skrin dan segala perkongsian Fara terhadap Shuk.

“Hari ini atau mungkin esok, Shuk akan membuat laporan lanjut di SKMM terhadap akaun Instagram Fara Salleh. Sebab Farra ada memuat naik nombor telefon peribadi Shuk di Instagram.”

“Disebabkan itu, Shuk diganggu dengan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali sepanjang malam tadi sehingga dia terpaksa menutup telefonnya.”

Untuk rekod, rumah tangga Shuk dan Serra pernah goyah angkara orang ketiga dan Fara adalah individu yang dimaksudkan. Lapor mStar Online.

 

Baca : “Contact mak ayah aku cakap dia gugur anak aku” – Kecik Hyper Act Dedah Perkara Yang Dia Pernah Alami Masa Dengan Fara

Fara2

Sumber: mStar Online
Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.