in

“See.. dadah menjahanamkan” – Suami Positif Syabu Dan Isteri Tengah Pantang, Keluarga Tinggal Dalam Sampah Sarap

Combine Keluarga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Golongan yang kurang berkemampuan ataupun susah sering menjadi perhatian masyarakat terutamanya ketika musim perintah kawalan pergerakan (PKP) ni. Banyak pihak termasuklah NGO datang untuk membantu meringankan beban mereka ini.



Dalam satu perkongsian yang telah dimuat naik oleh Dr Zaki Zamani bin Abd Rashid di Facebook beliau telah menyertai satu lawatan bersama pihak AADK yang melibatkan dua buah rumah di Padang Hang, Alor Setar.

Dr 2

Dalam lawatan itu didapati sepasang suami isteri terlibat dengan dadah. Apa yang lebih mengejutkan lagi si isteri sedang dalam pantang dan lima anak mereka terpaksa tinggal di dalam rumah yang persekitaran yang kotor.

S6

S5

Bapa mereka dan adiknya didapati positif methamphetamine dan kedua-duanya telah dibawa ke pejabat AADK.

Empat anak pasangan ini tinggal bersama bersama ibu mereka di rumah keluarga lain manakala seorang sahaja yang tinggal bersama bapa mereka.

S4

Apa yang lebih menyedihkan, anak bongsu daripada lima adik-beradik ni baru berusia seminggu.

Wehh, kesiannyaa…

S3

Dikhabarkan si isteri mengaku kali terakhir dia mengambil syabu pada kelmarin tapi disebabkan masih lagi berpantang dan menyusu, pihak AADK akan memantaunya sehingga wanita ini habis pantang.

Setakat ini kesemua anak mereka dibawa jagaan datuk mereka kerana keadaan rumah di sana lebih selamat.

S2

Pihak Pelindung kanak-kanak akan terus memantau kanak-kanak ini dan segala urusan pendaftaran dan persekolahan akan diuruskan selepas habis tempoh PKP.

Tak boleh bayang macam mana diorang satu keluarga tinggal dalam keadaan seperti itu. Kita boleh tengok apa kesan dadah. Bukan je pada diri tapi boleh jadi kat keluarga. 

Baca : “Elok ditarbiah orang macam ni “- Pekerja Pembersih Terkejut Jumpa 19 Bangkai Kucing Dalam Rumah Penuh Sampah

Sampah

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Fcaebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.