Ibadah haji akan menjelang tiba tidak lama lagi, dan semestinya haji pada tahun ini akan menjadi kelainan kerana wabak pandemik yang sedang menular di seluruh dunia ketika ini.
Terbaharu kerajaan Arab Saudi mengumumkan protokol kesihatan pada musim haji tahun ini sekali gus bagi mencegah penularan Covid-19 yang masih berleluasa hampir di seluruh dunia.
Menerusi laporan Arab News, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) dalam kenyataan memaklumkan para jemaah tidak dibenarkan menyentuh Kaabah dan mencium batu Hajar Aswad.
Menurut laporan lagi, jemaah dan penganjur mestilah mengekalkan jarak sosial 1.5 meter antara jemaah dan akan dilaksanakan sepanjang masa ketika menunaikan ibadah termasuk sewaktu solat berjemaah.
Akses ke tempat suci seperti di Mina, Muzdalifah dan Arafah turut akan terhad kepada mereka yang mempunyai permit haji sahaja mulai hari Ahad 19 Julai hingga 2 Ogos 2020, dan memakai topeng setiap masa adalah wajib bagi jemaah haji dan penganjur.
Kerajaan Arab Saudi juga akan menyusun kembali protokol untuk mengurangkan kadar jumlah jemaah haji berada di restoran dan pusat rehat. Water cooler yang berada di masjid-masjid besar turut akan diberhentikan operasi dan air zam zam akan diedarkan kepada jemaah setiap masa dalam secara bentuk botol persendirian.
Baca: “Susah betul zaman dulu” Catatan Perjalanan Haji Tahun 1924 Buat Netizen Kagum