in

Sediakan Bas, Sedekah & Beri ‘Ole-ole’ Dikira Kesalahan Pilihan Raya – SPRM

Sediakan Bas Pilihan Raya Sprm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedia maklum, Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan bakal berlangsung pada 12 Ogos nanti.

Ketika ini di negeri yang terlibat sedang hangat dengan pelbagai kempen dan penamaan calon daripada parti politik masing-masing.


Mereka yang terlibat untuk mengundi pula sedang membuat persediaan merancang perjalanan masing-masing pulang ke kawasan mengundi.

Sediakan bas, sedekah dan beri ‘ole-ole’ untuk pengundi adalah salah

Ada segelintir pihak yang mengambil inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma buat pengundi yang terlibat pulang ke tempat mengundi masing-masing.

Bagaimanapun, tindakan sedemikan merupakan satu kesalahan berikutan ia bakal mempengaruhi keputusan mereka yang mengundi, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Justeru, Ketua SPRM Tan Sri Azam Baki berharap rakyat lebih peka serta berhati-hati dengan isu rasuah yang boleh terjadi dalam apa cara sekalipun.

“Kalau semua orang, ketua calon mahupun ahli parti sediakan bas, dalam bas itu apa jadi pula? Dalam bas pula, kita tidak tahu situasi. Banyak akan mempengaruhi calon,” ujarnya.

Jelasnya, perbuatan memberi barangan, sumbangan kepada masyarakat (pengundi) adalah salah mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Ia melarang calon bertanding menggunakan wang, pengaruh dan sebagainya untuk mendapat undi. Calon atau ejen adalah tidak dibenarkan berbuat demikian.

“Kalau pengundi dibayar maknanya tidak ada ketelusan dalam mengundi. Sedekah ke ‘ole-ole’ ke memang tidak boleh kerana ia berharga, boleh makan atau boleh digunakan. Apa jadi kalau semua orang kena beli? Kerana duit orang mengundi,” katanya.

Tegasnya, mengundi adalah hak serta tanggungjawab rakyat dan sepatutnya tidak boleh dipengaruhi oleh sesiapa.

Baca: Sumber Dakwa PMX Akan Lakukan Rombakan Kabinet, Penjawat Awam Kanan Selepas PRN
Rombakan Kabinet Pmx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.