in

“Sedapnya suara bro” – Viral! Pengawal Keselamatan Ambil Suhu Sambil ‘Nyanyi’ Curi Tumpuan Netizen

Featured Image 16 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap manusia dilahirkan dengan bakat yang tersendiri, kadang kita tak sedar yang kita mempunyai bakat dalam sesuatu bidang. Jika diasah lebih, kita boleh pergi jauh dalam bidang yang diceburi.


Cakap mengenai bakat, baru-baru ini viral! Seorang pengawal keselamatan yang sedang mengambil suhu di sebuah pusat beli-belah di Bachang, Melaka menyanyi.

Aksi selamba itu telah dirakam oleh rakannya dan dimuat naik di media sosial. Tanpa disedari video nyanyian itu telah menjadi viral.

Menerusi akaun Instagram Zarulgriezmann, rakaman aksi selamba kawannya itu telah berjaya meraih lebih 500,000 tontonan. Memang sedap weyh suara abang ni…

Selepas video ini tular di media sosial, pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Akmal berkata dia tak sangka video nyanyian itu boleh viral dan disukai ramai.

Lebih mengejutkan, lepas viral video itu ada yang sanggup datang dari KL ke pusat beli-belah itu semata nak tengok nyanyiannya

Saya hanya menimbulkan kelainan sahaja, tambahan situasi kebimbangan orang ramai berkaitan pandemik COVID-19 mendorong saya untuk menceriakan mereka” – Akmal

Suhu4

Suhu5

Video nyanyian pengawal keselamatan ini telah mencuri tumpuan netizen, malah dia juga telah mencuri perhatian penyanyi asal lagu tersebut iaitu Achey Bochey. Achey siap repost weyh…

 

Macam nak pergi check suhu lah

Suhu2

Sempoi gila…

Suhu1

Mantap ah suara dia…

Suhu3

 

Bekas Penyanyi Ditipu

Menerusi Berita Harian, Akmal dahulu adalah bekas penyanyi yang mempunyai satu single. Malangnya dia telah ditipu oleh pihak produksi.

Memang dia selalu buat persembahan terbuka, atas penularan wabak berbahaya ini dia stop dahulu bidang nyanyiannya dan bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Nak dengar lagu Akmal boleh klik sini.

 

Baca: “Kental sungguh hatinya” – [Video] Motor 3 bulan ‘tersadai’ Di KL, Isteri Sanggup tunggang Sampai Ke Perak Bantu Suami OKU

Annotation 2020 06 23 104812

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.