in

“Kental sungguh hatinya” – [Video] Motor 3 bulan ‘tersadai’ Di KL, Isteri Sanggup tunggang Sampai Ke Perak Bantu Suami OKU

Motor6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Video yang memperlihatkan seorang isteri sedang menunggang motorsikal dari KL ke Perak ini telah mendatangkan rasa terharu, sayu dan sebak pun ada apabila menontonnya. Ianya dirakam oleh suaminya sendiri yang sedang memandu kereta.


Sebelum korang buat sebarang andaian, suaminya ini merupakan OKU.

 

Kalau aku boleh jalan, mesti aku yang bawa motor tu”

Menurut Firdaus Ibrahim, motosikal mereka itu dah lama ‘tersadai’ dekat KL jadi memandangkan keadaannya yang lumpuh separuh anggota badan itu telah memabataskan dirinya untuk menunggang motosikal tersebut.

Terharu melihat pengorbanan isterinya, atlet OKU ini luah rasa bertuahnya itu kerana memiliki isteri yang berjiwa kental di Twitter dan meraih 16.4K jumlah retweets dalam masa sehari.

Menurut mStar Online, Firdaus lumpuh kedua-dua belah kakinya selepas terlibat dalam satu kemalangan beberapa tahun lepas.

Mereka mendirikan rumahtangga sekitar Ogos 2019 lalu pernah menarik perhatian ramai apabila Siti Fatimah yang melamarnya.

Ramai netizen yang begitu terharu dan tersentuh hati melihat kesetiaannya terhadap Firdaus dan mendapat pujian ramai melihat kehidupan mereka yang saling melengkapi.

 

Kalianlah membuatkan orang lain percaya apa itu cinta – Netizen

Motor Motor2 Motor3

Motor4 1

Usalah kita pertikaikan kalau ada alternatif lain. Lain orang, lain rela, lain kewangan dan lain situasinya.

 

Baca : Impian Nak Jadi ‘Pro Gamer’ OKU Main Mobile Legends Dengan Satu Tangan Buat Netizen Kagum

Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.