in

“Sebenarnya Muhammad Sajjad ni tak faham” – Pengarah JAIS Dedah Sajat Boleh Ditahan Tanpa Tunjuk Waran Tangkap

Ft Sajatun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilaporkan telah mengerahkan 122 anggota dan pegawai penguatkuasanya untuk mencari dan menahan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat.


Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata tindakan sebegitu diambil selepas pihaknya mendapat waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Syariah susulan Sajat gagal menghadirkan diri pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Selasa lepas.

JAIS mendapat waran tangkap ke atas Sajjad petang semalam, jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita untuk mencari Sajjad di seluruh Selangor.”

Sajat 1

Hari ini, beliau berkata Sajat boleh ditangkap oleh salah seorang daripada 122 penguatkuasa JAIS yang ditugaskan itu walaupun tanpa menunjukkan waran tangkap, lapor MalaysiaGazette.

Sebenarnya Muhammad Sajjad ini tidak faham ataupun tidak rujuk undang-undang Syariah Selangor sebelum mempersoalkan bidang kuasa JAIS.”

Mengikut Seksyen 18, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah, mana-mana pegawai penguatkuasa agama atau pegawai masjid boleh, tanpa peritnah daripada hakim atau tanpa waran menangkap.”

(c) mana-mana orang yang terhadapnya waran yang telah dikeluarkan di bawah enakmen ini masih berkuatkuasa, walaupun waran itu tidak ada dalam milikannya.”

Sajatun

Sajat didakwa bersembunyi dan sehingga kini tiada berita penangkapannya dilaporkan. Semalam, Sajat telah mempersoalkan kenyataan Mohd Shahzihan yang mengerahkan 122 penguatkuasa untuk memburunya di seluruh Selangor.

Baca: “Bukan kita bunuh orang” – Tak Hadir Sebutan Kes Di Mahkamah, Ini Respon Sajat

Sajat2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.