in

“Bukan hak kita untuk menghukum orang” – Sampai Ada Doakan Masuk Neraka, Ustaz Kazim Nasihat Netizen Jangan Keterlaluan Kecam Sajat

Ft Sajatduke

Sejak kebelakangan ini, nama Muhammad Sajjad menjadi bualan hangat rakyat di Malaysia dan ramai netizen di media sosial menghemburkan kata-kata tidak elok selepas usahawan kosmetik itu dikatakan sudah melampau.

Semua bermula dengan isu Sajat tidak menghadiri prosiding dan didakwa menyembunyikan diri sehingga diburu pegawai JAIS serta video susulan yang mengatakan dia seolah-olah mahu keluar dari agama Islam.

Sajjad

Bagaimanapun, pendakwah terkenal Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata tindakan netizen memaki hamun dan mencemuh Sajat di media sosial termasuklah mendoakannya masuk neraka, sangat keterlaluan.

Menurut Kosmo, beliau berkata sebagai saudara se-Islam kita semua perlu sayang antara satu sama lain dan mendoakan yang baik agar Sajat diberikan hidayahNya.

Bukanlah hak kita untuk menghukum orang kerana kita adalah dai (pendakwah) yang mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan dakwah.”

Tegurlah dia dengan berhikmah kerana kita juga tidak tahu bagaimana pengakhiran kita nanti, hendaknya kita juga diberikan hidayah.”

Lebih baik warga maya menggunakan saluran media sosial untuk perkara yang baik. Jangan pula nanti pihak-pihak lain menuduh Islam sebagai agama ganas dan tiada toleransi disebabkan tindakan sebegini.”

Ustaz

Bukan itu saja, beliau juga sempat berpesan kepada Sajat supaya menghadapi kritikan dengan hati terbuka selain turut menasihati agar usahawan kontroversi itu kembali kepada ditrah dirinya sebagai lelaki bukan wanita atau khunsa.

Sebelum ini, menerusi sebuah video yang viral di media sosial, Sajat telah menyatakan hasratnya secara terbuka bahawa dia mahu keluar dari Islam selepas mendakwa kecewa dengan orang di sekeliling dan apa yang berlaku kepadanya.

Baca: “Janganlah kita tak puas hati kepada makhluk sampai kita memberontak kepada pencipta” – Nasihat Ustazah Buat Sajat

Sajat11