in

“Mungkin akan berlaku penyamaran” – Masih Tak Dapat Dikesan, PGA Edar Gambar Sajat Untuk Pastikan Tak Bolos ke Thailand

Ft Wheresajat

Sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lepas, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat masih belum dapat dijejaki dan sehingga kini masih diburu. Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) dilaporkan telah mengedarkan gambar usahawan kosmetik kontroversi ini di sepanjang pos kawalan keselamatan sempadan.

Sajat2

Menurut Timbalan Komander Briged Utara PGA, ACP Mohd Noh Khamis, usaha itu dilakukan sejak bulan lepas bagi memastikan Sajat tidak dapat lolos ke negara jiran. Namun, sehingga hari ini pihaknya masih belum terima sebarang maklumat membabitkan Sajat.

Kita memang sentiasa lakukan kawalan ketat di sempadan, setakat ini, pintu sempadan memang tidak dibuka kepada orang awam dan hanya kenderaan berat yang membawa barangan industri sahaja dibenarkan melepasi sempadan.”

Negara paling dekat untuk dia (Sajat) keluar ialah Thailand, jadi kita akan teruskan pemerhatian. Mungkin juga akan berlaku penyamaran bagi mengelak daripada dikesan pihak penguat kuasa. Jadi kita akan teruskan kawalan ketat di semua pos kawalan.”

Border3

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata ada kemungkinan bahawa Sajat sudah berada di luar negara.

Sajat diburu sejak Februari selepas waran tangkap dikeluarkan ke atasnya apabila dia gagal hadir prosiding di mahkamah. Sejak ‘menghilangkan diri’ itu, Sajat dikatakan sempat memuat naik beberapa posting dan video di media sosial namun pihak berkuasa masih belum dapat mengesan keberadaannya.

Susah betul nak jumpa insan bernama Sajat ni eh. Manalah agaknya dia ye!

Baca: “Suka hati je kata kita murtad” – Sajat Tiba-tiba ‘Live’ Di Instagram, Nafi Dirinya ‘Lari’ Dari PDRM & JAIS

Sembunyi