“Jiran dari neraka” – itulah istilah yang boleh digambarkan terhadap situasi yang dihadapi oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Azie Ramly ini.
Dia yang baru sahaja berpindah rumah terpaksa menghadap perangai jirannya yang menggerunkan kerana mengganggu ketenteraman mereka sehingga mendatangkan ancaman di rumahnya sendiri.
Jiran ketuk pintu pukul 3 pagi
Menurut Azie, sebelum dia berpindah ke rumah baharunya itu, dia ada berbual dengan seorang makcik yang merupakan jiran barunya. Katanya, makcik tersebut sangat baik, namun begitu makcik itu ada menceritakan sesuatu yang ‘tak kena’ kepada jiran-jiran lain.
Namun lepas berpindah ke kawasan itu, makcik tersebut didakwa putar belit cerita mengatakan mereka jiran yang bermasalah.
“Pastu bila dah sebulan kat sini auntie bagitahu jiran lain pula kami hari-hari buat bising kacau dia tak boleh tidur malam.”
Malah, makcik tersebut ada buat laporan sampaikan pihak polis datang ke rumah mereka kerana dituduh buat bising padahal mereka tidak melakukan apa-apapun.
Namun begitu, pihak polis tidak mengenakan sebarang tindakan kepada Azie kerana dia tinggal berdua sahaja dengan suami dan dakwaan buat bising tidak benar sama sekali.
“Malam tadi pukul 3 pagi kami terjaga sebab dengar ada orang ketuk pintu. Kami ingat jiran belah kanan kot la dia tertinggal kunci rumah kan. Hmmm, tapi pukul 4 bunyi lagi pukul 5 dan sampai subuh, auntie ni dok ketuk part wall tau.”
Apabila Azie jenguk, dia perasan makcik tersebut ketuk dengan kuat sambil membebel dengan manggunakan ayat yang bukan-bukan dan ia membuatkan Azie jadi gerun jika perkara ini berulang dan suaminya terus hubungi pihak polis.
Ketika pihak polis sampai ke rumah mereka untuk disoal siasat, ini jawapan yang diberikan oleh makcik tersebut…
Dalam masa 15 jam dimuat naik, video ini telah meraih 1.5 juta tontonan. Menurut netizen, ada yang mendakwa bahawa makcik itu mungkin alami penyakit nyanyuk atau kesunyian dan stress hingga menyebabkan dia berhalusinasi.
@azie_ramly
Haihhh, kesian! Baru je nak enjoy duduk rumah yang baru dibeli. Apapun, mudah-mudahan dapatlah diselesaikan bagi menjaga ketenteraman sendiri.
Baca : [VIDEO] Penduduk Flat ‘Extend’ Rumah, Sampai Meter Air Rumah Jiran Pun Kena ‘Block’