in

“Sebelum ni tibai je semua sushi” -Awas! Tak Semua Kedai Sushi ‘Halal’, Baca Penjelasan Gadis Ini

Featured Image 2 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah semestinya ramai di kalangan kita adalah penggemar makanan Jepun iaitu sushi. Nak cari makanan ni bukan pun susah, bersepah kedai sushi dekat Malaysia.


Tapi pasti ke, kedai sushi yang kita kunjungi itu halal?

Baru-baru ini seorang gadis yang menggelar dirinya peminat sushi telah kongsikan, terdapat beberapa buah kedai makanan Jepun ini sebenarnya tidak halal.

Sushi3

Menerusi akaun Twitter maisarahharis, dia telah memuat naik beberapa keping gambar yang membuktikan bahawa ada kedai sushi tidak halal yang menggunakan rice wine dalam masakan.

Difahamkan, dia telah screenshoot bukti ini daripada seorang pengguna Instagram yang bernama amomaniac yang berani untuk mendapatkan pengesahan dari kedai tersebut.

Berikut adalah senarai kedai sushi terkenal yang Halal dan Tidak Halal di Malaysia.

 

Sushi Tidak Halal

1. Sushi Mentai

Sushi2

Menerusi gambar perbualan itu, mereka menyatakan ayam yang mereka ambil adalah daripada kedai yang halal. Cuma menjadi isu disini, mereka masak menggunakan bahan yang bernama mirin.

Mirin apa tu? menerusi The Spruce Eats mirin adalah sejenis bahan masakan seperti cuka, cuma terdapat bahan ‘dry white wine’ dan ‘rice wine vinegar’ yang menjadikannya haram.

Sushi1

 

2. Sushi Zanmai

Sushi4

Restoran ini juga menerangkan yang mereka tidak memiliki sijil halal, namun daging dan ayam yang diambil oleh kedai ini adalah daripada syarikat yang halal.

Tapi, sayangnya mereka juga menggunakan mirin dalam masakan.

 

3. Sakae Shushi

Sushi5

Menerusi laman rasmi restoran ini, mereka juga tidak memiliki sijil halal. Tapi ujarnya bahan masakan mereka semua dari kedai yang halal. 

Turut diberitahu, restoran ini juga tidak menggunakan mirin dalam masakan!

 

Sushi Halal

1. Sushi King

Sushi7

Bagi mereka yang baru nak mencuba makanan Jepun, Sushi King adalah pilihan yang tepat. Di laman web rasmi mereka juga  turut ada menyatakan sijil halal daripada Malaysia.

Jadi kalau kita nak makan dekat mana-mana restoran, make sure buat sedikit research ye..

 

Baca: Lelaki Ini Jelaskan Untuk Tidak Guna Krim Keju Jenama Tatura Kalau…

Sushi8

Sumber: Google
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.