Sebelum Dato’ Aliff, DSV dan Sajat, Ini 6 Usahawan Kosmetik Pernah Viral Suatu Masa Dulu

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Dengar saja bait lagu, ‘Come to me sayang, sayang, sayang. Stay with me sayang, sayang, sayang!‘ budak umur lima tahun pun dah kenal siapa orangnya. Itu belum lagi jutawan kosmetik ni buat kemunculan di TV. Nenek-nenek yang dah uzur pun kenal dengan Dato’ Aliff dan Sajat yang femes dengan lagu Abang Nak Tegur! Macam dah jadi satu fenomena kan?

Tapi tahukah korang, sebelum tiga orang jutawan ini muncul ada lagi beberapa pengasas produk kosmetik yang lebih lejen daripada mereka. Maybe dorang ni tak berapa terkenal sebab pada masa tu tak ada kuasa viral dan media sosial. Tapi kalau korang tengok muka mereka ni, mesti korang teringat produk yang pernah mereka keluarkan dulu. Berikut kami senaraikan enam usahawan kosmetik yang pernah viral suatu masa dulu. 

 

1. Dr. Rozmey

Sumber: Blog

Siapa tak kenal dengan Dr. Rozmey ni korang memang ketinggalan zaman! Ingat tak lagi dengan filem Dua Alam lakonan Aaron Aziz yang pernah menjadi sebutan ramai suatu masa dulu? Haa filem ini kalau korang tak tahu telah dihasilkan oleh Dr. Rozmey sendiri. Demi merealisasikan impian menerbitkan filem, Dr. Rozmey telah berhabis sebanyak RM1.5 juta dan menyasarkan kutipan sebanyak 40 juta dengan mengadakan promosi besar-besaran di akhbar Kosmo.

Hampir setiap hari pembaca surat khabar tersebut boleh melihat iklan mengenai filem Dua Alam dan produk keluarannya Jus Mate 5 yang agak viral pada masa itu. Namun, impian Dr. Rozmey berkecai apabila filem sulungnya hanya mendapat RM440,000 kutipan selepas selesai tayangan. Aduhai…

 

2. Rozita Ibrahim

Sumber: Blog

Sebelum Dato’ Aliff Syukri mencipta nama, ibunya terlebih dahulu telah dikenali ramai dengan produk keluarannya iaitu Sendayu Tinggi. Boleh dikatakan ramai jugalah mak-mak pada zaman tersebut yang pakai produk Sendayu Tinggi ni. Kisah Puan Rozita ini juga boleh dikatakan agak inspirational kerana sama seperti anaknya, Rozita juga bermula dengan modal yang sedikit dan menjual produknya kepada rakan dan keluarga terdekat sahaja.

Namun, namanya mula disebut-sebut selepas dia mengeluarkan produk kurus badan dengan menggunakan dirinya sendiri sebagai testimoni. Sejak daripada itu, nama Sendayu Tinggi melonjak naik dan mula dikenali ramai.

 

3. Datuk Sosilawati Lawiya

Sumber: Blog

Rasanya Datuk Sosilawati Lawiya antara pengasas produk kosmetik yang kebanyakan daripada kita masih ingat sampai sekarang. Terkenal dengan produk Nouvelles Visage (NV) yang kini diambil alih oleh anaknya, Erni Dekritawati, siapa yang dapat lupa kisah tragis pembunuhan jutawan ni.

Walau apapun, tiada siapa yang dapat menyangkal ketabahan dan kegigihan Datuk Sosilawati dalam membangunkan syarikatnya ini. Malah pada zaman kegemilangannya, beliau difahamkan memiliki 150 premis yang menjual produk NV di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei. Wah! 

 

4. Dato’ Zainuri Zain

Sumber: Utusan Online

Pernah dengar Nuriz Kosmetik? Bagi golongan mak-mak yang suka tengok rancangan WHI atau apa-apa rancangan disponsor produk kosmetik ni, korang mesti kenal benar dengan Dato’ Zainuri Zain. Nuriz Kosmetik sebenarnya dah bertapak sejak tahun 1997 lagi dalam industri kosmetik ni. Dato’ Zainuri atau lebih mesra dipanggil Nurie telah dilahirkan dalam keluarga yang mahir dalam perniagaan. Mereka dulu pernah mempunyai kilang batik dan tembakau di Kelantan.

Berkat kesabaran dan pengalaman yang diperoleh daripada keluarga dan bekas suami, Nurie kini sudah berjaya dalam perniagaan dan mempunyai spa serta salon kecantikan sendiri.

 

5. Datin Ira Ghani

Sumber: Glam

Kalau korang masih ingatlah, dulu pernah viral tentang satu produk bernama Aura Seri yang digunakan untuk meningkatkan seri wajah atau membersihkan aura diri daripada perkara yang tak elok. Mereka yang bertanggungjawab di sebalik produk ini ialah Datin Ira Ghani dan suaminya, Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad yang juga terkenal sebagai pasangan yang sweet dan ideal.

Bermula dengan bekerja sebagai staf di sebuah hotel lima bintang pada tahun 1998, Datin Ira dan suaminya melakukan pelbagai jenis perniagaan sehinggalah berjinak-jinak dalam menjual produk kesihatan yang bercirikan aromaterapi, aura dan tenaga.

 

6. Kak Ton

Sumber: Nona

“Comel tak Kak Ton?” Haa dengar je tagline ni korang mesti dah tahu siapa orangnya kan. Kak Ton atau nama sebenarnya Zaiton Hassan adalah antara jutawan kosmetik yang terkenal sebelum kemunculan Dato’ Vida. Disebabkan viralnya Kak Ton ni, ramai golongan tak kira tua dan muda suka sangat mengajuk tagline tersebut untuk berjenaka dan sekaligus melariskan jualan produk Beauty Umaira.

Kak Ton yang merupakan Melayu kacukan berdarah campuran Pakistan, Arab, Thailand dan Laos mempunyai dua orang anak yang juga melibatkan diri dalam dunia hiburan. Mereka ialah Diana Annuar, bekas pengacara MHI dan Harris Annuar yang juga merupakan finalis Hero Remaja 2017.

Hebat juga ye jutawan kosmetik ni semua! Semoga kejayaan mereka dijadikan inspirasi buat semua. 

Baca: “Saya bukan acah-acah gedik nak lariskan produk” – Dato’ Vida Pertahan Perangai Suka Show Off di Laman Sosial 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!