in

“Sebagai anak dan menantu kami tetap mendoakan” – Dato’ Fazley

Rosmah Anak Menantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekitar jam 3.20 petang tadi, peguam kepada Datin Seri Rosmah Mansor telah mengesahkan bahawa isteri bekas Perdana Menteri ini telah pun ditahan SPRM.


Susulan berita ini, pelbagai respon dan luahan muncul termasuklah dari anaknya, Yana Najib dan terbaru dari Dato’ Fazley Yaakob dan isterinya, Datin Azrene Ahmad yang juga menantu dan anak Rosmah.

34505582 223078728299107 6265698862082555904 N
sumber: instagram

 

Simpati apa yang menimpa ibu mertua

Menerusi posting Instagram Dato’ Fazley, chef selebriti ini meluahkan rasa simpati atas apa yang menimpa mertuanya itu di samping mendoakan supaya Allah SWT mempermudah urusan yang dilalui Rosmah. 

Walaupun apa yang berlaku di antara mereka sebelum ni, Dato’ Fazley berharap ibu mertuanya diadili mahkamah dengan adil dan saksama.

https://www.instagram.com/p/Bod0DbFhswQ/?taken-by=fazleyyaakob

Yang salah tetap salah yang benar tetap benar, biarlah Mahkamah memutuskan…” kata Fazley atas pendiriannya terhadap penahanan Rosmah. 

 

Memaafkan lebih baik – Netizen

Dalam pada tu, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan ucapan doa dan meminta supaya Dato’ Fazley dan isteri maafkan sajalah Rosmah atas apa yang berlaku di antara mereka sebelum ni.

Maafkan
sumber: instagram

Bertabahlah dan doakan yang terbaik untuk semua… 

Baca: TERKINI: Rosmah Mansor Ditahan SPRM!

Kakmah Kena Tangkap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.