in ,

“Sebabtu mulut kena jaga” – Tak Tahan Selalu Diejek ‘Gemuk’, Lelaki Bakar Bestfriend Hidup-hidup

Kadang-kadang walaupun niat hanya nak bergurau dengan kawan-kawan, kita tak sedar yang kita dah sakitkan hati dorang. Lebih-lebih lagi kalau kita sering ejek fizikal dorang. Dalam diam, kawan yang korang selalu ejek tu simpan dendam…

Ini apa yang dirasai oleh seorang lelaki dari Banyuwangi, Indonesia, Ali Heri Sanjaya yang tak tahan kerana sering diejek dan dibuli oleh kawan baiknya Rosidah.

Sumber: China Press

Menurut Suara.com, kerana fizikal Ali yang besar, Rosidah sering memanggil dia gemuk dan menyamakan badannya dengan ahli gusti sumo di depan orang ramai.

Ejekan Rosidah ini membuatkan Ali hilang keyakinan diri dan menyimpan rasa sakit hati hingga mendorong lelaki berusia 27 tahun ini untuk melakukan sesuatu yang tak dijangka.

Pada 24 Januari lalu, keluarga Rosidah telah membuat laporan polis selepas anak perempuan mereka berusia 22 tahun ini tak pulang ke rumah lepas waktu kerja.

Tak lama selepas itu, pihak polis menemui mayat yang badannya hampir 75% hangus terbakar di sebuah ladang di daerah yang sama.

Sumber: Suara.com

Kerana keadaan mayat yang terbakar hingga tak boleh nak dicam, pihak forensik telah dipanggil untuk memeriksa mayat dan mendapati ia adalah Rosidah.

Selepas melakukan siasatan, pihak berkuasa telah melancarkan pencarian untuk mencari Ali dan menemui lelaki ini di sebuah hotel tempatan.

Dikatakan, semasa Ali dibawa ke balai polis, lelaki ni memang tak tunjuk rasa bersalah atau menyesal langsung dan hanya makan makanan yang diberikan kepadanya.

Sumber: China Press

Bila disoal siasat, Ali mengaku membunuh Rosidah atas alasan sakit hati kerana sering diejek. Lelaki ini dipercayai telah merancang untuk membunuh rakan sekerjanya ini selama seminggu.

Bukan tu je, Ali juga sempat mencuri motor milik wanita ini untuk dijual dan duit tersebut dia gunakan untuk membayar hutang.

Kita memang tak boleh nak jangka tindakan orang bila dah sakit hati. Sebabtu, orang tua pesan “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.”

 

Baca: “Bila je dia ni tak bodoh?” – Kena Hentam Kaw Kaw Sebab Ejek Gadis Ada Misai Rupanya Kantoi Selalu ‘ Shame’