in

“Sebab tu hidup berjiran kena ada common sense” – Akibat Bising Bersenam, ‘Abang Sado’ Ditetak Jiran

feature 2 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam Islam, kita diajar tentang adab ketika hidup berjiran. Namun, tak dinafikan hidup berjiran mempunyai cabarannya yang tersendiri. Perangai orang kan lain-lain. 

Kali ini admin nak kongsikan tentang seorang lelaki yang ditetak oleh jirannya dipercayai akibat membuat bising sambil bersenam di rumah, lapor Harian Metro.


tetak 2

Kejadian yang berlaku di Taman Kempas, Sungai Petani itu dikatakan berlaku ketika mangsa dan suspek bertengkar disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan bunyi bising yang datang dari rumah mangsa yang bersebelahan dengannya. Mungkin dia dah lama pendam kot. 

Sebelum itu, mangsa yang berusia 26 tahun sedang bersenam menggunakan peralatan gimnasium di rumahnya namun dia keluar dari rumah setelah suspek berteriak memanggilnya. Bunyi besi peralatan gimnasium memang bising sikit kan. 

Namun, suspek yang berusia 63 tahun pula mengatakan bahawa mangsa cuba untuk menumbuknya. Ini telah menyebabkan suspek terpaksa mempertahankan dirinya menggunakan parang.

tetak 3 1

Kejadian itu telah menyebabkan mangsa cedera di bahu kiri, tapak tangan, lengan dan patah tulang lengan kiri.

Kejadian disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan sebab sengaja mencederakan dengan senjata atau benda berbahaya yang lain.

Satu je lah admin nak pesan, dalam hidup berjiran ni kita kena selalu toleransi. Jangan pentingkan diri sendiri dan bawak berbincang kalau ada masalah. 

 

Baca: “Dia tak sengaja tetak” – Adik Suspek Bunuh & Simen Abang Percaya Mangsa Yang Cari Pasal Dulu

tetak

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.