Krisis di antara Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah menjadi perbualan ramai sehingga ke hari ini. Terbaru, Didi Astillah yang merupakan adik kepada Bella meluahkan rasa tidak puas hati menerusi Instagram miliknya selepas abang iparnya itu membuat kenyataan dalam rancangan hiburan, Melodi.
Artikel berkaitan: “Mula berubah lepas kenal NRF” – Didi Astillah Tunjuk Bukti Temu Bual Podcast Aliff Aziz Sebab Nak Beri Gambaran Buruk Pada Bella
Artikel berkaitan: “Mummy jangan kerja sampai penat nanti sakit” – Ucapan Anak Bella Astillah Buat Ramai Sebak
View this post on Instagram
Pun begitu, adik kepada Alif Aziz iaitu Aisyah Aziz tidak berdiam diri selepas Didi memuat naik posting berkenaan, pada awalnya pelantun lagu Mimpi itu tidak memetik mana-mana nama namun Didi menangkap layar IG story itu dan membalasnya di laman Instagram miliknya pula.
Selepas Didi memuat naik IG story tersebut, Aisyah membalas dan meminta agar dia kongsikan tangkap layar yang DM yang dihantar oleh Aisyah kepada Didi agar semua orang boleh menghakimi perbualan itu.
“Cuaca baru je nak okay sekali Muaz Zabir bercakap kepada media dan perkara itu bertambah teruk. Suasa dah chaos, dia menambah pulak.
‘No comment’ kan je lah kalau taknak minta maaf secara umum, awak kan silap jugak,” tulisnya.
Sebelum ini, Aisyah dilihat tidak begitu lantang berkenaan isu yang menimpa abang serta kakak iparnya itu namun posting Didi Astillah itu telah membuatkan Aisyah akhirnya bersuara serta tampil mempertahankan keluarganya.
Sumber: Instagram