in

Sebab Harga Lebih Murah, Lelaki Ini Sanggup Pergi Ke Turki Untuk Lebatkan Rambut Tapi Lain Pula Jadi

Rawatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang menginginkan rambut yang sihat dan menarik. Tak kisah lelaki atau pun perempuan mesti semua cari cara untuk dapatkan rambut yang diidamkan contohnya dengan menggunakan  produk perawatan rambut atau dengan cara menanam rambut.


Namun, kadang-kadang benda seperti ini akan bagi effect kepada penggunanya sama ada dapat result yang baik atau sebaliknya. Tapi, apa yang berlaku kepada lelaki ini memang betul tak disangka.

Lelaki yang berusia 26 tahun ini sanggup terbang ke Turki semata-mata nak buat rawatan rambut di sebuah klinik dengan harga yang lebih murah. Namun, timbul pula masalah lain apabila rambutnya tak tumbuh lepas buat rawatan tu dan bintik merah tak hilang, lapor Harian Metro.

Rmbut 1

Lelaki ini telah menemui sebuah klinik di Turki yang menawarkan rawatan untuk menebalkan rambut dengan harga separuh lebih murah berbanding kedai di United Kingdom.

Selepas berbulan-bulan menjalani rawatan itu dengan harga £1,250 (RM6,713), dia dapati rambutnya tidak tumbuh semula malah kulit kepalanya menjadi semakin teruk. Dia menganggap pihak klinik di Istanbul mengambil terlalu banyak folikel daripada bahagian belakang kepalanya ketika rawatan itu dibuat.

Prosedur itu dikenali sebagai pengekstrakan folikel iaitu folikel rambut diambil daripada sisi dan belakang kulit kepala dan disuntik ke bahagian depan yang botak atau tiada rambut.

Rmbutt 1

Sebelum dia membuat keputusan untuk melakukan rawatan ini, dia mendakwa yang rambutnya semakin nipis dan botak.

Mungkin sebab ni kot lelaki ni nak buat rawatan rambut ni. 

Dalam pada itu, dia mengingatkan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dan membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum menjalani proses menanam rambut itu.

Ekoran daripada itu, lelaki ini mendapat bayaran balik sebanyak  £400 (RM2,148).

Hmm.. apa-apa pun memang kena tau selamat atau tak prosedur yang digunakan oleh mana-mana klinik yang buat prosedur ni. 

Baca : “Tujuan mewarnakan rambut hanya saja-saja takde masalah” – PU Azman Perjelas Isu Warnakan Rambut

Rambut 1

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.