in

“Sebab dia selebriti dia boleh buat apa yang dia suka?” – Netizen Tegur Tindakan Neelofa Instastory Movie The Lion King

Neelofa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, beberapa selebriti seperti Vivy Yusof dan Ara Johari pernah dikecam kerana merakam filem yang mereka tonton di wayang ke IG story masing-masing.


Kali ini, Neelofa pula menerima kecaman yang sama lepas merakam beberapa minit filem The Lion King dan memuat naik ia ke dalam IG story tanpa rasa bersalah. Whaat??

 

“Jadi tak ada sesiapa nak cakap apa-apa ke tentang Neelofa rakam The Lion King dan muat naik dalam instastory?”

Menerusi tweet netizen bernama Megat Aliff, dia menegur tindakan selamba pengacara Meletop itu yang memuat naik beberapa rakaman IG story dari wayang semasa menonton The Lion King.

Eaidfb4Uiairgdu
sumber: twitter

Uish ini bukan beberapa saat ni, min tengok banyak jugak scene The Lion King Lofa muat naik. Kalau nak tahu pegi tengok instastory Lofa sendiri sebelum dia padam!

 

Dapat respon daripada TGV Cinemas

Tweet tersebut seterusya mendapat perhatian TGV Cinemas yang meminta Megat memberitahu info yang lebih lanjut mengenai rakaman video tersebut. Contoh kat mana video ni dirakam dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, Megat tak dapat membantu sebab… well hanya Lofa yang tahu kat mana dia tengok movie The Lion King ni kan?

Rakaman
sumber: twitter

 

Pihak GSC report kepada Disney? 

Lebih mengejutkan pihak wayang GSC pula katanya telah membawa hal ini kepada pihak Disney. Alamak Neelofa akan kena saman ke macam mana?

Tlk
sumber: twitter

 

“Member baru viral sebab doa murah rezeki… dah buat perangai” 

Nampaknya insiden ni sedikit sebanyak mencalarkan reputasi Neelofa sebagai seorang selebriti yang disegani dan baru-baru ni viral sebab doa murah rezekinya. Ramai mengecam dan ada juga anggap orang yang viralkan Lofa ni sebab dengkikan dia. Hmm tapi yang salah tetap salah kan?

Cian
sumber: twitter

Apa-apapun dengarnya Lofa dah take down instastory tersebut. Harap tak adalah perkara buruk yang berlaku.

Ingat… lain kali jangan rakam filem dalam wayang! 

Baca: Record Instastory Beberapa Saat Untuk Filem Toy Story 4, Gadis Tak Pasal-pasal Kena Banned 3 Hari Dengan Instagram!

Toy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.