in

“Ada cable besar ke?” – Bangga Boleh Shooting Walaupun Tak Vaksin, Fauziah Nawi Tegur Sikap Pelakon

Pelakon Berlakon Tanpa Divaksin Fauziah Nawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, penggiat seni menerima berita baik apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk melonggarkan SOP Fasa 1 bagi industri kreatif.



Ini bermakna pihak produksi boleh kembali melakukan penggambaran di set dan ia juga tertakluk kepada kelengkapan dua dos vaksin kepada mereka yang terlibat.

 

“Janganlah buat hal. Nanti kerana kalian kebenaran akan ditarik balik” 

Namun di saat ramai penggiat seni gembira dengan berita disampaikan PM, pelakon, Fauziah Nawi agak terkilan apabila mendapat tahu ada segelintir penerbit yang didakwa telah menggunakan khidmat pelakon yang tidak divaksin langsung.

Tambahnya lagi dalam satu posting di Instagram, pelakon terbabit juga dilihat sombong dengan tindakannya itu serta meminta golongan artis yang lain untuk tidak cemburu. Aik sapa pulak ni?? 

Macam mana ada Producer dan PM boleh employ pelakon/karyawan yang tak vaksin? Janganlah buat hal. Nanti kerana kalian kebenaran akan ditarik balik. Menyusahkan.

“Kalau pihak #KKM #MKN #FINAS dapat tau macamana? Atau kalian ada cable besar ke? Ini bukan jealous tapi diam diam lah jangnlah nak menganjing,” tulisnya.

 

“Hak asasi manusia tapi janganlah sombong” 

Fauziah menerusi satu video di Instagram juga memberitahu yang semua penggiat seni yang ingin memulakan pekerjaan sepatutnya mematuhi SOP ketat yang ditetapkan kerajaan.

Meskipun vaksinasi itu adalah pilihan setiap individu tetapi Fauziah berharap semua pihak tersebut tidak bersikap pentingkan diri sendiri.

“Ramai dah dapat tawaran untuk mula kerja dengan SOP yang sangat ketat. Semua kena ikut SOP… kena vaksin, swab test sebelum dan selepas shooting. 

“Ramai yang belum dapat kerja dan tengah seksa hidup ini. Tolong la… sesiapa yang tak nak vaksin itu, terpulang la. Itu pilihan anda dan hak individu. 

“Hak asasi manusia tapi janganlah sombong, tak ada siapa cemburu anda shooting. Memang rezeki Allah tapi boleh tak, jangan cakap. 

“Diam-diam sudahlah. Kenapa buat macam ni, selfish dan sombong,” katanya.

Dalam pada itu, tidak diketahui siapa pelakon yang dimaksudkan pelakon senior ini dan ramai yang masih berteka-teki kenyataan itu ditujukan buat siapa.

Betul kata-kata ibu Fauziah tu. Jagalah sebaiknya SOP dan pastikan diri dah divaksin sebelum mula kerja. Kasihan dengan pelakon lain yang mengharapkan job untuk kelangsungan hidup. 

Baca: Panggung Wayang Dibuka Esok Untuk Penerima Vaksin Lengkap Dengan SOP Ketat

Collage 14

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.