in

Sean P Diddy: Kisah Sisi Gelap Superstar Hollywood Yang Jijik & Menggemparkan Dunia! Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu…

Untitled Design 5

Nama rapper, penghibur, dan penerbit muzik, Sean ‘P Diddy’, sekarang ini tengah panas ekoran terpalit dengan skandal seks, penyalahgunaan pengaruh dan kuasa, serta keganasan yang membawa kepada penangkapan superstar hollywood ini. Pada 16 September lalu, P Diddy, 54, diberkas di sebuah hotel di New York atas tuduhan pemerdagangan seks dan pengubahan wang haram. 

Sejak itu, satu demi satu pendedahan mula terbongkar yang menjelaskan pelbagai dakwaan berkaitan dengan sisi gelap P Diddy. Perhatian sekarang ini tak hanya tertumpu kepada P Diddy, tetapi juga kepada selebriti ‘A-list’ yang kesemuanya dah lama jadi sebahagian daripada hidupnya.

7C05A0A8 Eae6 4C4C 9585 61848C4361F4 43

Artikel berkaitan : 25 Kanak-kanak Antara 100 Individu Yang Jadi Mangsa R*gol P Diddy Mahu Failkan Saman

Artikel berkaitan : Terlibat Kes Jenayah S*ksual, Ramai Netizen Spekulasi Justin Bieber Mungkin Mangsa

Mac lalu, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah membuat siasatan terhadap P Diddy, dengan melakukan serbuan ke atas hartanah puluhan jutaan ringgit di Los Angeles dan Miami. Serbuan itu menemukan pelbagai barangan yang pelik, antaranya, 1,000 botol minyak bayi (baby oil) yang menimbulkan pelbagai persoalan. 

Sejak itu, beberapa tuduhan dan saman telah difailkan terhadap penyanyi ini. Sementara itu, selebriti ‘A list’ tadi pula semuanya diam seperti tak ada apa-apa respon ataupun ingin membantu beri informasi bagi merungkai kes ini.

Tuduhan terhadap P Diddy disokong oleh dakwaan bahawa dia ini menggunakan pengaruh, kuasa, dan kekayaannya untuk memanipulasi, menyalahgunakan dan memaksa kesemua mangsanya. Situasi ini membuatkan ramai orang di media sosial kecewa dan sentiasa ‘push’ kes ini secara berterusan agar ia sentiasa berlegar di media sosial. 

Jadi, mari kita perincikan pertuduhan dan dakwaan yang menyebabkan penangkapan Sean P Diddy. 

Pendakwaan mangsa-mangsa terhadap Sean P Diddy

P Diddy telah menghadapi beberapa tuntutan undang-undang, kebanyakannya mendakwa salah laku yang serius, termasuk serangan seksual dan keganasan. 

Tuduhan utama timbul daripada beberapa wanita, termasuk bekas pasangannya yang bernama Cassie Ventura, yang telah menuduh P Diddy ini melakukan penderaan fizikal, emosi, dan seksual selama bertahun-tahun. 

Sepanjang menjadi kekasih P Diddy, hidupnya dikatakan bertukar menjadi kelam. Meskipun di luarannya nampak normal, tetapi sebaliknya, dia mendakwa yang dia sering dipukul, dijadikan mangsa seks, diberikan dadah secara paksa dan dikawal dengan cara yang sangat kejam. 

Tuntutan undang-undang Cassandra yang difailkan pada November 2023, telah diselesaikan di luar mahkamah dengan jumlah yang tidak didedahkan, tetapi pendedahan itulah menjadikan kes ini berkembang dan menjadi siasatan jenayah yang lebih luas. 

Screenshot 2024 10 03 At 11.01.06 Am

Selain tu, Adria English, bekas bintang porno telah memfailkan tuntutan undang-undang pada Julai 2024 yang menuduh P Diddy terlibat dengan pemerdagangan seks dan dia juga mendakwa selalu dipersembahkan secara seksual dalam majlis tertutup anjuran P Diddy.

Pada September 2024 lalu, seorang lelaki bernama Cardello Smith menuduh P Diddy telah memberi dadah dan merogolnya di sebuah parti pada tahun 1997. Dia memenangi keputusan penghakiman dengan jumlah tuntutan sebanyak $100 juta terhadap P Diddy. 

Pada September 2024 juga, bekas penyanyi Dawn Richard menuduh P Diddy melakukan penyalahgunaan verbal, fizikal dan seksual semasa dia menganggotai kumpulan pop wanita, Danity Kane. Dia mendakwa telah menyaksikan penindasan terhadap orang lain juga, termasuklah gadis bawah umur yang dieksploitasi semasa parti peribadi P Diddy.  

Dawn Richard Sean Combs Tout 091124 Ecdc8C0D33D74B7Dba9011B8D197D9A3

Tuduhan dalam saman-saman ini mendakwa bahawa P Diddy terlibat dalam kegiatan pemerasan, perdagangan seks dan menganjurkan pertunjukan seksual yang dirujuk sebagai ‘freak offs’ yang melibatkan ramai orang. Sering kali juga, mangsa-mangsa ini semua berada di bawah pengaruh dadah. 

P Diddy secara konsisten menafikan semua tuduhan itu. Ketika dibicarakan, antara hujah yang dikemukakan adalah hubungan yang terjalin dengan mangsa mengikut persetujuan dan rela. Selain itu, P Diddy dan peguam-peguamnya ‘play victim’ dan memfitnah beberapa mangsa dengan mengemukakan alasan mangsa cuba untuk menggunakan kekayaannya. 

Perkaitan antara P Diddy dengan bintang-bintang Hollywood 

Tidak semua selebriti muncul bersuara tentang perkara ini atas faktor P Diddy ini rapat dan kenal baik dengan ramai personaliti popular Hollywood. Kebanyakan kenalan personaliti Hollywood yang rapat dan pernah datang ke parti-parti terkenal rapper ini, sama ada pernah bekerja bersama atau mendapat faedah daripada pengaruh besar P Diddy. 

Ia sekaligus membangkitkan rasa ingin tahu ramai orang ramai tentang persoalan adakah selebriti ini bersekongkol sekali dengan P Diddy dan sejauh mana mereka tahu tentang aktiviti yang didakwa? 

Pi Didi Zabavi Foto Profimedia Tviter X

Jennifer Lopez

Jennifer Lopez pernah menjalin hubungan dengan P Diddy dari 1999 hingga 2001. Mereka bertemu ketika penggambaran muzik video “If You Had One Love”. Walaupun Jennifer telah bercakap secara positif tentang hubungan dia dengan P Diddy, namun dia turut mengesahkan pernah terhidu kecurangan dalam hubungan mereka. Jennifer juga tetap berdiam diri mengenai tuduhan terkini terhadap P Diddy. 

Jay-Z

Perhatian juga tertumpu kepada hubungan P Diddy dengan Jay-Z, sebab kedua-duanya dianggap sebagai sahabat yang rapat. Walaupun Jay-Z ni telah bersahabat lama dan dah banyak bekerjasama dengan P Diddy, tak banyak info yang dikongsi mengenai kegiatan di belakang ‘tabir’ penghibur antarabangsa ni. 

11Afbaae542Dd1181C7D0A2D6B68F0Fd

Namun, rapper terkemuka, 50 Cent ada menyentuh tentang hubungan ‘bromance’ P Diddy dan Jay-Z ini di media sosial dan turut mempersoalkan tindakan Jay-Z yang menjauhkan diri dari skandal ini. Namun, khabar angin bertiup kencang yang mengatakan Jaz-Z dan isterinya yang juga penghibur terkenal, Beyonce menggunakan pengaruh P Diddy untuk terus kekal popular.

Mereka turut dikaitkan dengan teori konspirasi kejatuhan artis lain yang tidak diberikan peluang untuk mengatasi populariti mereka pada satu-satu ketika, dengan aktiviti pembunuhan dan ‘praising’ ketika acara anugerah. 

Justin Bieber

Selain tu, Justin Bieber yang meraih populariti ketika remaja, dikatakan turut menghabiskan banyak masa bersama P Diddy di awal kerjayanya. Laporan media menunjukkan bukti video pada tahun 2009, di mana Justin Bieber menghabiskan 48 jam masa bersama P Diddy. Ia sekaligus menimbulkan persoalan tentang status hubungan mereka, walaupun tiada sebarang bukti yang direkodkan. 

Bertebaran juga di media sosial sekarang ini yang kaitkan hubungan ini sebagai ‘sexual grooming’, di mana ramai yang kaitkan P Diddy sebagai pedofilia. Ketika itu, Justin Bieber baru berumur 15 tahun dan sehingga sekarang, Justin Bieber belum bercakap secara terbuka mengenai kes ini.

Justin Bieber And P Diddy1727078367 0

Usher

Penyanyi Usher pula pernah dihantar untuk tinggal bersama P Diddy pada tahun 1994, ketika dia berusia sekitar 15 tahun untuk bekerja bagi album sulungnya. Usher telah menggambarkannya sebagai pengalaman yang ‘membuka mata’. Usher juga pernah mengakui dia diperkenalkan dengan aktiviti seksual di rumah P Diddy. Sampai sekarang juga, Usher telah banyak berdiam diri tentang butiran masa lalu beliau bersama P Diddy. 

Ashton Kutcher

Dalam sebuah klip temu bual Ashton Kutcher dari tahun 2019 dalam rancangan ‘Hot Ones’ yang sekarang ini muncul semula di sosial media, pelakon itu seolah-olah memberi ‘petunjuk’ tentang rahsia daripada parti-parti peribadi P Diddy. Parti-parti ini telah dikaitkan dengan laporan tentang dadah dan aktiviti seksual yang berlaku. Ashton bertemu P Diddy pada tahun 2002 semasa MTV’s Punk’d dan Making the Band. 

Sejak itu, Ashton Kutcher sangat rapat dengan P Diddy, dan dia juga seringkali menjadi pengunjung tetap acara parti peribadi P Diddy dan pernah menjadi penyampai bersama untuk ‘White Party’ pada tahun 2009.

Late Late Show With James Corden Diddy Ashton Kutcher

Pesta terkenal P Diddy, terutamanya masa penganjuran ‘White Party’nya, juga telah menjadi tumpuan dengan ramai selebriti ‘A-list’, termasuk Leonardo DiCaprio, Kim Kardashian dan Mariah Carey hadir sepanjang tahun.

Untuk pengetahuan korang, white party ni adalah majlis tertutup yang dianjurkan oleh P Diddy sejak 1980 sehingga 2009. Semua individu yang dijemput P Diddy perlu berpakaian warna putih kononnya sebagai simbol bersih dan kesamarataan semua jemputan. 

Screenshot 2024 10 03 At 12.34.40 Pm

Walaupun peristiwa-peristiwa ini telah muncul semula selepas penangkapan P Diddy, tiada laporan aktiviti jenayah yang pernah dikaitkan dengan kesemua mereka.

Dakwaan sebagai pedofilia

Dakwaan aktiviti seksual melibatkan kanak-kanak yang dilakukan P Diddy turut diperkukuhkan dengan laporan 100 mangsa yang tampil termasuk 25 orang kanak-kanak yang nak failkan saman terhadap P Diddy ini. Manakala, hampir 1,000 mangsa lain turut dikatakan telah membuat laporan.

Mangsa P Diddy yang termuda ini merupakan seorang budak lelaki yang berusia 9 tahun. Dia dikatakan dirogol dan turut diberikan dadah. Budak lelaki dan ramai mangsa lain dijanjikan tawaran untuk bekerja bersama P Diddy, sehingga sanggup menyerahkan segala-galanya kepada P Diddy. 

Teori Konspirasi

Kes ini telah menyebabkan pelbagai teori konspirasi timbul, malah kisah-kisah lama P Diddy turut dikorek semula untuk menghubungkan kes yang sedang berjalan ini.  

Antaranya, peringatan daripada rapper Eminem, menerusi lirik lagu ‘Fuel’ yang diterbitkan tahun ini. Antara bait lirik dalam lagu itu berbunyi: “I’m like a R-A-P-E-R. Got so many S-As (huh). Wait, he didn’t just spell the world ‘rapper’” 

‘Raper’ dalam lirik ni kononnya bermaksud perogol daripada ejaannya dan bukanlah ‘rapper’ manakala, singkatan ‘S-As’ tu dikatakan bermaksud sexual assault yang bermaksud keganasan seksual. Dalam lirik ini juga secara jelasnya menyebut nama P Diddy, menerusi bahagian lirik “and leave out a P, did he?”.

Teori konspirasi juga mengaitkan P Diddy, Jay-Z dengan isteri yang juga bintang terkenal Beyonce, dengan kematian bintang pop terkenal Hollywood seperti The Notorious, Aaliyah dan Michael Jackson. Ia dikaitkan dengan persaingan populariti dan kononnya, korban daripada upacara ‘illuminati’. 

Maxresdefault

Selain itu, turut berlegar di media sosial, kejadian penyanyi terkenal, Adele yang memuji Beyonce ketika kemenangannya ke atas Beyonce untuk kategori ‘Album of The Year’ dalam Grammy yang turut dikaitkan dengan ancaman daripada pengaruh dan kuasa P Diddy.

Screenshot 2024 10 03 At 5.46.41 Pm

Netizen turut bongkarkan sebahagian daripada sedutan scene The Simpson dan juga siri TV, Supernatural yang seolah-olah sudah tahu aktiviti P Diddy ini sejak sekian lama.

Tapi tu semua tak dipastikan kesahihannya. 

The Simpsons Sudah Prediksi White Party Dan Penangkapan P Diddy Thumbnail 319

Meskipun ramai selebriti berdiam diri sebab dikatakan akan beri kesan kepada reputasi mereka, tapi ramai juga yang berpendapat penting untuk para selebriti ‘vokal’ tentang isu-isu seperti ini, khasnya bila melibatkan hal keburukan dalam industri hiburan.

Memandangkan kes-kes ini masih lagi berjalan, mungkin banyak lagi kita akan dengar tentang kegiatan gelap P Diddy yang akan terbongkar satu demi satu. 

Kita wait and see lah. Apapun, kalau dah ada bukti dan saksi di depan mata, harap-harap yang salah akan diheret ke muka pengadilan. 

Sumber: The Independent